Tuesday, November 15, 2011

Ikan Bakar Siakap Tomyam

Hm.. rasa nk masak ni la this week.. Of course aktiviti weekend jer..
Hari biasa.. sup2 jelah.. Sbb xsempat kn.. Mcm2 hal.
Sampai rumah plg awal pn lepas azan Maghrib berkumandang.
Kredit utk Kak Yatie for this resepi yg sgt delicious...




Bahan A :

1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)

2 sudu besar pes tomyam

5 helai daun limau purut

1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi

1 biji tomato (potong 6)

Aluminium foil


Bahan B :

2 tangkai cili merah

5 biji cili api - nak pedas letak lebih

3 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit gula dan fish sos


Cara membuatnya :

Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.

Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.

Perahkan limau semasa menghidang.

Selamat Menjamu Selera!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...