Tuesday, October 18, 2011

Celebrate Bday Rayyan







Alhamdulillah, even Rayyan demam sket tp dia tetap happy dgn kek Angry Bird merah nya! Tp yg plg happy is Kak Long sbnrnya. Yelah, dia yg sibuk nk potong kek, tiup belon, nyanyi lagu & lari sana sini.

We all celebrate dgn baby sitter - k Ana & Abg Narul. Best sbb 1 st time kluar sm2. Both of them kami hadiahkn watch jenama Dr Darwin sbg tanda pghargaan kami sbb jaga Wrdh & Rayyan.

We really enjoyed this simple celebration @ Malay Village, Jln Kolam Air, JB. Tq Allah atas peluang utk mengecapi kebahagiaan ini!

My WISH comes true


"Our new family"

Monday, October 17, 2011

Happy Birthday Rayyan - 1st year



Slamat menyambut ulangthn kelahiran syg. Moga Rayyan jd anak yg soleh, brbakti pd ummi ayah, mmperjuangkan agama & insyaAllah jd bakal ustaz. Amin.. Ummi & ayah hrp Rayyan jd Ustaz Rayyan Al-Hafiz.. Mlm ni kte celebrate dgn Mummy & Abah @ Malay Village ye. Kak Long dh order kek Angry Bird utk adik Rayyan. Hadiah dr ummi & ayah tunggu eh ♪(´ε` )

Friday, October 14, 2011

Ilmu vs Harta

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi,
manakala harta pula warisan Qarun dan Fir’aun.
Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya.
Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,
sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan,
sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa dihormati,
sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai si kedekut.
Pemilik ilmu akan memberi syafaat, pemilik harta akan dihisab.
Biarpun masa berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,
tetapi harta itu semakin lama semakin usang,
ilmu pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati.
Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah,
sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.” – Saidina Ali KW.

Thursday, October 13, 2011

Plat *** 1069 akhirnya milik kami jua



Syukur pdNya.. Trcapai juga hajat kami utk memiliki kenderaan baru. Sbb kereta lama tu dh uzur sgt. InsyaAllah, kereta akan diambil this week. Thanks to all of you yg tlg doakn. Sthn lbh kami brusaha & byk tul cbrn nk beli kereta baru ni. Dr Hyundai Matrix, Honda Freed, Honda Stream, Grand Livina & akhirnya....... Tunggu next post after we all dh ambil kereta tu ye... (^∇^)

Friday, October 7, 2011

~Mencintai tidak semestinya memiliki~

Janganlah engkau angkuh melaungkan.......
Si dia kepunyaanmu.....
Atau kau kepunyaan si dia,.....
Kerana hakikatnya......
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan....

Tidakkah kau sedar......
Hukum alam menyatakan.....
Mencinta tak semestinya memiliki.....

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia.....
Dan bertopeng menutup rahsia.....
Tetapi hati......
Tidak semestinya menzahirkan apa yang ada didalam nya....

Tidakkah kau sedar.....
Mungkin si dia melafazkan....
Ungkapan cinta padamu....
Tetapi hati dan perasaannya.....
Tidak pernah berniat begitu.....
Dia hanya berselindung.....
Di sebalik sejuta alasan.....

Dan kau......
Begitu jujur dan setia mencintainya....
Sehingga terlupa....
Hukum Alam menyatakan....
Mencintai tak bermakna memiliki....

Sesungguhnya.....
"Aku tidak pernah memiliki diri mu....."
"Dan kau jua tidak pernah memilikiku"...

Mengertilah...........
Kita sebenarnya kepunyaan.....
Yang Maha Esa.....


Tiada siapa berhak memiliki kita.............
kecuali dia..........
Dia mengasihi hambanya........
Dia memiliki hambanya......
Dan ke pangkuan dia kita akan kembali..........

Kredit to http://albinadak.blogspot.com

Wednesday, October 5, 2011

Wardah vs Basikal Pink


Ni gambar wardah pakai baju Pasti sambil mkn biskut peberet

Alhamdulillah, ummi gembira sgt arini sbb dpt report card wardah thn 2011 @ 4 thn. Nmpknye, sume subjek dpt A & B hanya bhs arab. Keseluruhan : 90%. Dpt no 5/18. Oklah sbb dia 1 kelas dgn pelajar 5 thn. Kt kelas dia ada 3 org je umur 4 thn. Ummi & ayah janji dgn k long nk belikn basikal kalo pelajaran k long meningkat. Suka betul k long bila dpt basikal atas kejayaan dia. Siap bg syarat2 lg. Nk basikal warna pink, ada loceng & ada muzik. Jenuh ummi & ayah cr. Nsb baik ada & within our budget.

Sebenarnya, ms exam prtengahan thn lg ummi ayah dh janji nk belikn wrdh basikal. Tp mybe k long wrdh stress kot sbb takut xdpt basikal smpai demam pns ms exam. So, pelajarannya merosot sket. Kesian dia. Pastu, myb dia tau dia xdpt score, blk sekolah wardah ckp,"soalan tu susah sgt la ummi. Wrdh xleh jwb" ummi ckp, xpelh asalkn k long dh cuba. Cuma ummi akn belikn basikal if wrdh dpr sume A tau. Then, wrdh lgsg xtanya ttg basikal ps ummi ayah. Kesian juga ummi tgk. Bukn ummi ayah xmmpu nk beli. Tp, ummi ayah nk wardah belajar erti berusaha utk dpt sesuatu & pegang pd janji.

So utk final exam ni, ummi just ckp " ummi & ayah akan belikn basikal if k long dpt nombor bwh dr no 10. K long kena cuba wt betul2 dulu, dh usaha, br ummi & ayah belikn ye" wrdh jwb,"ok ummi. Nnt wrdh baca buku ye. Nnt ummi belikn basikal wrdh yg cntk tau! " alhamdulillah, anak ummi ni kotakn janji.. So, the rewards= basikal idaman k long (^∇^)~sygku wardah~

Basikal Pink Wardah

Tuesday, October 4, 2011

Susahnye dolu2..

Alhamdulillah, pagi ini ummi berkesempatan membaca blog yg merupakan sahabat seperjuangan @ senior semasa di kampus dulu. Mungkin dia xtau bahawa ummi merupakan silent reader & peminat setia dia.. & tajuk blognya Makan RM3/sehari benar2 menyentuh jiwa ummi.

Teringat ummi ms zmn2 belajar dulu. Bila xde duit, ummi selalu ingat pada atuk & nenek (mak ayah ummi). Mereka sambung belajar masa ummi tgh amik SPM. Pak Ngah (UPSR masa tu)tinggal di Batu Pahat manakala Mak Su (5 thn) tinggal di Cheras umah makcik. Masa tu, mmg family ummi sgt sush, sampai atuk ambil upah lipat kotak @ UTM sampai Naib Canselor nampak & bagi tumpang rumah kelamin di UTM kerana kasihan, angkat buah kelapa sawit sampai luka2 perutnye & byk lg. Nenek pula keja kilang @ JB sampai tak kira siang & malam, kerja basuh pinggan di kedai mamak @ Singapore dgn atuk & byk lagi.. Semuanya atuk & nenek buat demi sesuap nasi utk family ummi & juga demi segulung ijazah. Sayu hati bila fikir pengorbanan mereka. Sungguh mulia hati mereka. Moga Allah membalasnya dgn kebaikan.. Amin..

Sebab tu, ms ummi @ UTM, kalo xde duit pn, ummi xkn minta pd atuk & nenek. Ummi sanggup berniaga mcm2 utk cari duit. Dr sekolah sampai ke UTM, nenek bg RM100/ sebulan & ummi xkn mengeluh @ minta lebih kecuali trlalu trdesak especially akhir2 sem. Sahabat2ku di KTDI, masih ingatkah lg kita makan sedulang setiap hari utk 5 orang (50 sen/orang) dengan menu berikut:

Nasi putih 1 bungkus (isi penuh2) = RM0.50
Lauk ikan/ ayam goreng (1 ketul) = RM1.50
Sayur = RM0.50
Kuah (tukar2 menu: asam pedas/lemak/sup & lain2) = RM0.50 (selalunye dpt free jer)

So, total semua = RM2.50 - 3.00 = 50 sen - 70 sen seorang.

Susahnye masa tu.. tp ukhwah sgt erat. Makan pun cukup kenyang & seimbang (",)
Sekarang, semua dah senang, alhamdulillah.. xsusah lagi macam dulu.

Oh ye, mengimbau kenangan masa susah, awal2 kerja dulu ummi bekerja di Hospital Kuala Lumpur as kerani. Gaji = RM20/hari. So biasanya dapat RM400 - RM450 sebulan.

Bayar rumah sewa = RM150
Makan = RM5/sehari = RM150
Balik Kluang = RM80
Bagi atuk & nenek = RM30
Baki = RM40.

Hm.. susahnye masa tu.. Hidup di tgh2 kota Metropolitan benar2 menginsafkan & ummi ambil keputusan xkn besarkan anak2 ummi di Kota Besar mcm tu lagi.. Kesian anak2 ummi nanti. Xkenal suasana kampung & hidup gaya org bandar.. Biarlah anak2 ummi membesar dalam suasana sederhana & mudah2n tidak terikut2 dgn mereka yg lupa diri. Amin..

Tp anehnya, walaupun baki RM40 utk beli brg kegunaan sendiri, ummi mampu utk beli cash mesin basuh jenama Haier (tahan hingga 5 thn, pastu repair & xamik trus sbb harga beli baru & kos repair sama), beli kipas angin jenama Khind & 2-2 barang ni boleh digunakan oleh semua orang dalam rumah sewa tu. Itu xtermasuk ummi leh keluar jln2 g umah kwn2, sedara mara & window shopping dgn kawan2 di sekitar kotaraya Kuala Lumpur. Bila difikir2kan kembali, macam tak percaya je. Tapi, mungkin itulah yg dikatakan berkat.. tak lupa juga ummi kepada pepatah, 'Besar periuk, besar keraknye'.

Nk dibandingkan kehidupan ummi & ayah sekarang.. sangat jauh berbeza. Alhamdulillah, Allah beri segala kemudahan & kami tak pernah susah sampai kena ikat perut.

"Ya Allah, jgn engkau jadikan hati2 kami ini, hati2 yg mencintai dunia & membenci akhirat. Berkatilah segala rezeki yg Engkau kurniakan kpd kami & Jadikanlah rezeki yg Engkau kurniakan ini kami gunakan utk jalan yg Engkau redhai"

Ummi teringat kata2 seorang ustaz (kelana) di Pasir Gudang ini ketika syarikat ummi memberi bantuan utk org2 miskin yg benar2 mngusik jiwa ummi. "Wahai sahabat2 saya yg kurang berkemampuan, hendaklah kamu bersyukur kerana kamu diberikan kesusahan / kemiskinan di dunia. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda, Sesungguhnya, beruntunglah kamu jika diduga dgn kemiskinan kerana kamu tidak akan dihisab akan harta kamu di dunia ketika di Padang Mashyar nanti. Manakala, org2 yang dikurniakan dgn kesenangan harta di dunia, akan dihitung setiap hartanya digunakan utk apa & ke mana. Oleh itu, byk2lah kamu bersyukur & bertakwa kepadaNya".

Ya Allah, bersyukurkah diri hambaMu ini? Ummi harap, ayah & anak2 ummi semuanya tergolong di kalangan org2 yg bersyukur & membelanjakan harta ke jalanNya (fisabilillah).

Allahuakbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...