Tuesday, October 4, 2011

Susahnye dolu2..

Alhamdulillah, pagi ini ummi berkesempatan membaca blog yg merupakan sahabat seperjuangan @ senior semasa di kampus dulu. Mungkin dia xtau bahawa ummi merupakan silent reader & peminat setia dia.. & tajuk blognya Makan RM3/sehari benar2 menyentuh jiwa ummi.

Teringat ummi ms zmn2 belajar dulu. Bila xde duit, ummi selalu ingat pada atuk & nenek (mak ayah ummi). Mereka sambung belajar masa ummi tgh amik SPM. Pak Ngah (UPSR masa tu)tinggal di Batu Pahat manakala Mak Su (5 thn) tinggal di Cheras umah makcik. Masa tu, mmg family ummi sgt sush, sampai atuk ambil upah lipat kotak @ UTM sampai Naib Canselor nampak & bagi tumpang rumah kelamin di UTM kerana kasihan, angkat buah kelapa sawit sampai luka2 perutnye & byk lg. Nenek pula keja kilang @ JB sampai tak kira siang & malam, kerja basuh pinggan di kedai mamak @ Singapore dgn atuk & byk lagi.. Semuanya atuk & nenek buat demi sesuap nasi utk family ummi & juga demi segulung ijazah. Sayu hati bila fikir pengorbanan mereka. Sungguh mulia hati mereka. Moga Allah membalasnya dgn kebaikan.. Amin..

Sebab tu, ms ummi @ UTM, kalo xde duit pn, ummi xkn minta pd atuk & nenek. Ummi sanggup berniaga mcm2 utk cari duit. Dr sekolah sampai ke UTM, nenek bg RM100/ sebulan & ummi xkn mengeluh @ minta lebih kecuali trlalu trdesak especially akhir2 sem. Sahabat2ku di KTDI, masih ingatkah lg kita makan sedulang setiap hari utk 5 orang (50 sen/orang) dengan menu berikut:

Nasi putih 1 bungkus (isi penuh2) = RM0.50
Lauk ikan/ ayam goreng (1 ketul) = RM1.50
Sayur = RM0.50
Kuah (tukar2 menu: asam pedas/lemak/sup & lain2) = RM0.50 (selalunye dpt free jer)

So, total semua = RM2.50 - 3.00 = 50 sen - 70 sen seorang.

Susahnye masa tu.. tp ukhwah sgt erat. Makan pun cukup kenyang & seimbang (",)
Sekarang, semua dah senang, alhamdulillah.. xsusah lagi macam dulu.

Oh ye, mengimbau kenangan masa susah, awal2 kerja dulu ummi bekerja di Hospital Kuala Lumpur as kerani. Gaji = RM20/hari. So biasanya dapat RM400 - RM450 sebulan.

Bayar rumah sewa = RM150
Makan = RM5/sehari = RM150
Balik Kluang = RM80
Bagi atuk & nenek = RM30
Baki = RM40.

Hm.. susahnye masa tu.. Hidup di tgh2 kota Metropolitan benar2 menginsafkan & ummi ambil keputusan xkn besarkan anak2 ummi di Kota Besar mcm tu lagi.. Kesian anak2 ummi nanti. Xkenal suasana kampung & hidup gaya org bandar.. Biarlah anak2 ummi membesar dalam suasana sederhana & mudah2n tidak terikut2 dgn mereka yg lupa diri. Amin..

Tp anehnya, walaupun baki RM40 utk beli brg kegunaan sendiri, ummi mampu utk beli cash mesin basuh jenama Haier (tahan hingga 5 thn, pastu repair & xamik trus sbb harga beli baru & kos repair sama), beli kipas angin jenama Khind & 2-2 barang ni boleh digunakan oleh semua orang dalam rumah sewa tu. Itu xtermasuk ummi leh keluar jln2 g umah kwn2, sedara mara & window shopping dgn kawan2 di sekitar kotaraya Kuala Lumpur. Bila difikir2kan kembali, macam tak percaya je. Tapi, mungkin itulah yg dikatakan berkat.. tak lupa juga ummi kepada pepatah, 'Besar periuk, besar keraknye'.

Nk dibandingkan kehidupan ummi & ayah sekarang.. sangat jauh berbeza. Alhamdulillah, Allah beri segala kemudahan & kami tak pernah susah sampai kena ikat perut.

"Ya Allah, jgn engkau jadikan hati2 kami ini, hati2 yg mencintai dunia & membenci akhirat. Berkatilah segala rezeki yg Engkau kurniakan kpd kami & Jadikanlah rezeki yg Engkau kurniakan ini kami gunakan utk jalan yg Engkau redhai"

Ummi teringat kata2 seorang ustaz (kelana) di Pasir Gudang ini ketika syarikat ummi memberi bantuan utk org2 miskin yg benar2 mngusik jiwa ummi. "Wahai sahabat2 saya yg kurang berkemampuan, hendaklah kamu bersyukur kerana kamu diberikan kesusahan / kemiskinan di dunia. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda, Sesungguhnya, beruntunglah kamu jika diduga dgn kemiskinan kerana kamu tidak akan dihisab akan harta kamu di dunia ketika di Padang Mashyar nanti. Manakala, org2 yang dikurniakan dgn kesenangan harta di dunia, akan dihitung setiap hartanya digunakan utk apa & ke mana. Oleh itu, byk2lah kamu bersyukur & bertakwa kepadaNya".

Ya Allah, bersyukurkah diri hambaMu ini? Ummi harap, ayah & anak2 ummi semuanya tergolong di kalangan org2 yg bersyukur & membelanjakan harta ke jalanNya (fisabilillah).

Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...