Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Eh. mana keretaku?

Ya Allah.. pagi2 lagi dah berderau darahku.. Kering darah dibuatnye bila tengok keretaku xde..



Al-kisah, suamiku nak hantar dulu anak2 ke rumah pengasuh b4 pergi bekerja. Jadi, selang 5 minit dia pergi, aku turun ke bawah & mengemas apa yg patut sebelum pergi bekerja. Kulihat, pintu rumah tidak berkunci.. Hati kecilku berkata, "Eh, abg lupa kunci rumah? bahayanye!" mataku terus lihat bahagian gugusan kunci yg tergantung.. "Eh, mana pergi semua kunci?" Hatiku terus berdebar.. Pintu rumah dikuak, Ya Allah.. mana keretaku? Cik Abg hantar budak2 ke rumah pengasuh, mesti ada satu lagi.. Cepat2 aku telefon cik abg dgn nada yg penuh gusar..

Ummi: Assalam, Abg, mana kereta kita?
Ayah: Kereta apa? (Bingung tiba2 soalan camtu yg aku tanya)
Ummi: Kereta kita la.. nape xde kereta kt porch ni?
Ayah: Laa.. abg kn bawa W, Iswara tu kn kwn abg pinjam malam td.. Ayg lupa ke?
Ummi: Laa.. ye ke.. xpelah, alhamdulillah. Wa terlupa.. (malu sendiri). Abis tu, nape kunci semua xde? Pintu rumah pn x kunci? Abg terlupa ke?
Ayah: Kunci2 tu abg ambil tadi. Gril pintu rumah tu abg kunci, cuma pintu rumah jer..
Ummi: Oh ye ke.. xpelah.. tq ayg (",)

Alhamdulillah, kegusaranku lega setelah tahu hal sebenar. Bukan ape, sebenarnya, masa cuti sekolah thn 2011 ni, ada 4 kali cubaan org yg xdikenali nk masuk rumah. Tu yg aku benar2 gusar. Al-maklumlah.. umat akhir zaman ni dh xtakut berbuat jahat. Iman amat goyah. Teringatku sabda Rasulullah SAW; "Jika ditimbang berat iman seluruh umatku pada akhir zaman dgn iman Saidina Abu Bakar, nescaya berat lagi timbangan iman Saidina Abu Bakar". Ya Allah.. lemahnya iman umat2 Muhammad SAW akhir zaman ini.. Moga kita semua tergolong dari kalangan umat Muhammad SAW yang beriman padaNya. Amin..

Syukur alhamdulillah.. Firman Allah dalam Surah Ibrahim: Ayat 7;
"Dan ingatlah tatkala Tuhan telah berjanji kepadamu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Kami akan menambah nikmatKu kepadamu.."




Walau apapun, syukur padaNya kerana melindungi kami sekeluarga dari perkara2 yang tidak diingini. Jauhkanlah & lindungilah kami dari fitnah & kekejaman manusia, jin & syaitan.. Amin..



Friday, December 2, 2011

Trip to Cameron Highland, Pahang

Alhamdulillah.. 4 hari 3 malam kami berehat di sana. Tinggal di homestay En Ramli Buyong memang sangat selesa. Harga pun amat berpatutan. Fully recommended utk sape2 yg tengah cari apartment utk berehat di Cameron Highlands. Service pun sangat bagus..

Gembira betul Wardah di sana.. Ni kali ke-3 dia ke sana. Rayyan plak belum fully understand. Yg dia tau, bila Kak Long Wardah terjoget2.. dia pn ikut sama la.. Sebb dia still breastfeed & ummi asik makan fresh Strawberry, sendawa Rayyan pn dh bau strawberry. Yg klaka tu, dia suka Jus Butterhead. Pernah minum x? Butterhead ni sejenis Salad. Jus Butterhead = Salad + Air Limau/ Lemon. So delicious & of course healthy.. Buang toksik dlm badan.. Rasanye mcm Jus Pegaga campur limau pn ada.. Yummylicious!

This trip pergi dgn My lovely family & mak serta adikku - Diana. On the way from JB- Cameron.. wah something happen to my car! Before Ayer Hitam Tol, ada serpihan tayar lori terbang atas jln & of course cik abg xsempat nk ngelak. Ingatkn xde pape.. Ms brenti kt Tol Ayer Hitam.. Ya Allah.. teruk gak rupanye.. Tengok la gambar ni..huhu..

Kesian Mr Just Nice

Benda dah nak jadi, redha jelah.. Kami teruskn perjalanan.. Dugaan Allah bagi.. Soh beringat la tu.. Jgn trlalu suka2, Ingat Allah sentiasa.. Sampai kt Cameron kul 4 pagi.. Fuh, mmg betul2 thrill la naik Cameron dr Tapah (jalan lama).. Sunyi, sejuk.. seram.. huhu semua ada. Byk tanah runtuh plak tu. Taubat la nak naik cameron pagi2 buta time musim hujan camni.. Terfikir plak, camne org2 asli tu leh tahan sejuk eh?

Layan je lah gambar2 ni ye.. Sometimes, pictures can tell u everything right? (",)

Berkelah @ Sg Palas Boh Tea

Hiyark.. Wardah berkungfu sbb sejuk
Di celah rimbunan pokok teh Boh

 
Posing @ Tmn Bunga
 
Slurp.. Fresh Strawberry Shake &
Fresh Strawberry Ice Cream for Wardah
 
Atoi.. Atitnye.. Mak jgn mare aa... Nnt kena jual!

Boo Cak.. Ala, Wardah monyok baru bgn tido

My Prince - Ahmad Rayyan Zikry



My Princess - Siti Wardah Insyirah

Hm.. masa last day.. group keluarga dr Pilah, KL, Gemencheh sampai @ Cameron. Sempat la bergambar reramai. Bukan senang nk jumpa ramai2 sampai 4 kereta skali.. Sgt meriah!!

Family En Hubby & Mak serta adikku

Dan.. masa dalam perjalanan turun dari Cameron ke Tapah, beli sebotol Madu Asli dari penduduk orang Asli Cameron. Sempat jugalah snap sekeping gambar buat kenang2n.. Suka pokcik tu (",)

Siap tunjuk duit RM25 tau..

End of Journey.. Mr Hubby cakap, ada masa kita datang sini lagi le.. Best.. tapi elakkan time cuti sekolah sebab teramatlah jem. Alhamdulillah, terima kasih semua yang menjayakan percutian yang amat bermakna ini.. Especially for my lovely hubby yang penat drive dari Selatan - Utara - Selatan.. Fuh, full of energy (",)

Tuesday, November 15, 2011

Ikan Bakar Siakap Tomyam

Hm.. rasa nk masak ni la this week.. Of course aktiviti weekend jer..
Hari biasa.. sup2 jelah.. Sbb xsempat kn.. Mcm2 hal.
Sampai rumah plg awal pn lepas azan Maghrib berkumandang.
Kredit utk Kak Yatie for this resepi yg sgt delicious...




Bahan A :

1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)

2 sudu besar pes tomyam

5 helai daun limau purut

1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi

1 biji tomato (potong 6)

Aluminium foil


Bahan B :

2 tangkai cili merah

5 biji cili api - nak pedas letak lebih

3 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit gula dan fish sos


Cara membuatnya :

Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.

Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.

Perahkan limau semasa menghidang.

Selamat Menjamu Selera!

Monday, November 14, 2011

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432H/ 2011M

Salam..

Belum terlambat rasanya nk wish 'Salam Aidiladha kepada teman2 bloggers yg lain. Setiap kali Aidiladha, jgn ingat nk bercuti, beraya, makan rendang, lemang, ketupat jer.. Marilah kita sama2 mengingati kembali Sirah Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail serta ibunya Siti Hajar..

Alhamdulillah, Aidiladha thn ni dapat juga ummi menyiapkan puding triffle seperti yg dirancang. Aish... bukan sush pun, cuma nk kena ada mood nk buat.. & yg plg penting.. mestilah kena cukup bhn2nye.. Nk jd cerita, bhn2 semua cukup, cuma tersilap beli agar2 bukannya jeli.. So, mcm biasa.. percubaan pertama & kedua belum betul2 puas hati la.. Yg penting, sume org suka makan & target nk buat puding tu tercapai! Senyum je 'cik abg' tgk ummi buat benda2 ni.. Al-maklumlah, kesibukan yg melanda membuatkan masaku di dapur semakin kurang.. Sekarang tgh tanam azam utk rajin ke dapur. Yelah, kelas mengajar part time pn dh abis.. insyaAllah.. (niat buat baik pun insyaAllah dapat pahala kn)

1st percubaan @ Kuala Pilah (mlm Aidiladha):
We all buat barbeque mlm tu.. Ada mcm2 menu, Bihun Goreng, Ayam/ Udang/ Sotong/ Hot Dog Panggang, Sate (yg ni peberet keluarga mertuaku.. wajib ada), Gulai Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi (plg special by emak mertuaku - xde org leh tanding arr, puas cuba buat tp xsama), Buah betik/ jambu batu, Air Tembikai Laici & Air Teh Tarik (wajib ada utk ayah mertuaku).. termasuklah.. puding triffle yg ummi buat (",)

Ikut adat org Negeri Sembilan, selalunya ada adat 'mantai' yg dibuat sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Adat ni merupakan salah satu adat perpatih yg masih diamalkan oleh keturunan Minangkabau, Negeri Sembilan di Malaysia. Uniknya ummi dapat join skali. Adat ni adalah adat bergotong-royong sebelum Hari Raya Aidilfitri/ Aidiladha diadakan di mana penyediaan makanan seperti rendang, lemang, penganan @ dodol & ketupat dibuat secara beramai2 (sekampung tau). Jd mlm Aidiladha tu kiranya berkumpul la sanak saudara & mkn2 ala2 keduri kecil gitu.. TP, sibuk2 kt dapur sampai trlupa nk snap gambar puding ummi yg 1st tu..

Haa... siap ada poster jualan sempena adat mantai ni tau.. xcaye? cuba tgk poster ni.. Tp ni mantai perdana Aidilfitri 2011 laa...



Hebat tu.. siap ada Mantai Perdana lagi (",)
(kredit buat cik gugle ye)


Daging2 yg 'fresh' & siap utk dijual

 Lomang panaeh Kolo Pilah


Penganan @ Dodol Nogori Sombilan
(makan panas2 ms cair tu sedap woo)


2nd percubaan @ Kluang (7 Nov 2011):

Dalam perjalanan balik dari Kuala Pilah ke Kluang, ummi maklumkn pada emak @ nenek wardah & rayyan nk buat puding triffle. Ceh, siap habaq awai2 lagi.. Alhamdulillah, sambil emak & ayah buat Sup Tulang Merah (sedapnye! rsnye mcm 1st time rasa parent buat sendiri), sambil tu le ummi buat puding triffle ni.. Guna buah peach lagi.. Hasilnye.. jeng..jeng.. (siap emak nk bawa ke sekolah bg kengkawan dia)..

Ni lapisan ke-3: Buah2n peach yg dipotong

Ni lapisan ke-4: Jeli Strawberry
(kalo xde leh ganti dgn agar2 cair sket)
Puas cuba edit gambor puding triffle ni tp dh jd terbalik2 plak.. haha.. Ape2pn, yg penting cedaaappp..
Kawan2, cubalah. Rujuk resepi in previous post ye..

Next project: Cup Cake for Wardah's Birthday @ Tadika Pasti Suria..




Friday, November 4, 2011

Nak Apam Polkadot Ladybird!

Salam..

Tengah surf internet mencari idea utk majlis hari lahir @ Tadika Pasti Al-Kauthar, ummi terjumpa apam polkadot yg sgt cute & comel.. Sesuai utk bdk2 nnt.. Harganya pn not bad. K.. jom layanz gambar2nye ye.. Comel2 tak?



Kasih Sayang Menurut Islam

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.


Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.




Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati.

Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah.

Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh.

Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain. “ Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari.

Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu, pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.

Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita.

Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut.

Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya yang berbunyi:Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat Tarmidzi) Malah banyak lagi Hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:

1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan dan perbuatan kita.

2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.

3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal dan hati kita.Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka.

Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam seperti di Indonesia, negara-negara Arab dan Afrika yang hanya memikirkan cara untuk menghapuskan saudaranya sahaja, bukan untuk membantu dan meningkatkan maruah serta martabat bangsa mereka sendiri.Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya.

Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.Rumusan:Kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.

dipetik melalui: dilan daripada alkutubi.blogspot.com

Tuesday, October 18, 2011

Celebrate Bday Rayyan







Alhamdulillah, even Rayyan demam sket tp dia tetap happy dgn kek Angry Bird merah nya! Tp yg plg happy is Kak Long sbnrnya. Yelah, dia yg sibuk nk potong kek, tiup belon, nyanyi lagu & lari sana sini.

We all celebrate dgn baby sitter - k Ana & Abg Narul. Best sbb 1 st time kluar sm2. Both of them kami hadiahkn watch jenama Dr Darwin sbg tanda pghargaan kami sbb jaga Wrdh & Rayyan.

We really enjoyed this simple celebration @ Malay Village, Jln Kolam Air, JB. Tq Allah atas peluang utk mengecapi kebahagiaan ini!

My WISH comes true


"Our new family"

Monday, October 17, 2011

Happy Birthday Rayyan - 1st year



Slamat menyambut ulangthn kelahiran syg. Moga Rayyan jd anak yg soleh, brbakti pd ummi ayah, mmperjuangkan agama & insyaAllah jd bakal ustaz. Amin.. Ummi & ayah hrp Rayyan jd Ustaz Rayyan Al-Hafiz.. Mlm ni kte celebrate dgn Mummy & Abah @ Malay Village ye. Kak Long dh order kek Angry Bird utk adik Rayyan. Hadiah dr ummi & ayah tunggu eh ♪(´Îµ` )

Thursday, October 13, 2011

Plat *** 1069 akhirnya milik kami jua



Syukur pdNya.. Trcapai juga hajat kami utk memiliki kenderaan baru. Sbb kereta lama tu dh uzur sgt. InsyaAllah, kereta akan diambil this week. Thanks to all of you yg tlg doakn. Sthn lbh kami brusaha & byk tul cbrn nk beli kereta baru ni. Dr Hyundai Matrix, Honda Freed, Honda Stream, Grand Livina & akhirnya....... Tunggu next post after we all dh ambil kereta tu ye... (^∇^)

Friday, October 7, 2011

~Mencintai tidak semestinya memiliki~

Janganlah engkau angkuh melaungkan.......
Si dia kepunyaanmu.....
Atau kau kepunyaan si dia,.....
Kerana hakikatnya......
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan....

Tidakkah kau sedar......
Hukum alam menyatakan.....
Mencinta tak semestinya memiliki.....

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia.....
Dan bertopeng menutup rahsia.....
Tetapi hati......
Tidak semestinya menzahirkan apa yang ada didalam nya....

Tidakkah kau sedar.....
Mungkin si dia melafazkan....
Ungkapan cinta padamu....
Tetapi hati dan perasaannya.....
Tidak pernah berniat begitu.....
Dia hanya berselindung.....
Di sebalik sejuta alasan.....

Dan kau......
Begitu jujur dan setia mencintainya....
Sehingga terlupa....
Hukum Alam menyatakan....
Mencintai tak bermakna memiliki....

Sesungguhnya.....
"Aku tidak pernah memiliki diri mu....."
"Dan kau jua tidak pernah memilikiku"...

Mengertilah...........
Kita sebenarnya kepunyaan.....
Yang Maha Esa.....


Tiada siapa berhak memiliki kita.............
kecuali dia..........
Dia mengasihi hambanya........
Dia memiliki hambanya......
Dan ke pangkuan dia kita akan kembali..........

Kredit to http://albinadak.blogspot.com

Wednesday, October 5, 2011

Wardah vs Basikal Pink


Ni gambar wardah pakai baju Pasti sambil mkn biskut peberet

Alhamdulillah, ummi gembira sgt arini sbb dpt report card wardah thn 2011 @ 4 thn. Nmpknye, sume subjek dpt A & B hanya bhs arab. Keseluruhan : 90%. Dpt no 5/18. Oklah sbb dia 1 kelas dgn pelajar 5 thn. Kt kelas dia ada 3 org je umur 4 thn. Ummi & ayah janji dgn k long nk belikn basikal kalo pelajaran k long meningkat. Suka betul k long bila dpt basikal atas kejayaan dia. Siap bg syarat2 lg. Nk basikal warna pink, ada loceng & ada muzik. Jenuh ummi & ayah cr. Nsb baik ada & within our budget.

Sebenarnya, ms exam prtengahan thn lg ummi ayah dh janji nk belikn wrdh basikal. Tp mybe k long wrdh stress kot sbb takut xdpt basikal smpai demam pns ms exam. So, pelajarannya merosot sket. Kesian dia. Pastu, myb dia tau dia xdpt score, blk sekolah wardah ckp,"soalan tu susah sgt la ummi. Wrdh xleh jwb" ummi ckp, xpelh asalkn k long dh cuba. Cuma ummi akn belikn basikal if wrdh dpr sume A tau. Then, wrdh lgsg xtanya ttg basikal ps ummi ayah. Kesian juga ummi tgk. Bukn ummi ayah xmmpu nk beli. Tp, ummi ayah nk wardah belajar erti berusaha utk dpt sesuatu & pegang pd janji.

So utk final exam ni, ummi just ckp " ummi & ayah akan belikn basikal if k long dpt nombor bwh dr no 10. K long kena cuba wt betul2 dulu, dh usaha, br ummi & ayah belikn ye" wrdh jwb,"ok ummi. Nnt wrdh baca buku ye. Nnt ummi belikn basikal wrdh yg cntk tau! " alhamdulillah, anak ummi ni kotakn janji.. So, the rewards= basikal idaman k long (^∇^)~sygku wardah~

Basikal Pink Wardah

Tuesday, October 4, 2011

Susahnye dolu2..

Alhamdulillah, pagi ini ummi berkesempatan membaca blog yg merupakan sahabat seperjuangan @ senior semasa di kampus dulu. Mungkin dia xtau bahawa ummi merupakan silent reader & peminat setia dia.. & tajuk blognya Makan RM3/sehari benar2 menyentuh jiwa ummi.

Teringat ummi ms zmn2 belajar dulu. Bila xde duit, ummi selalu ingat pada atuk & nenek (mak ayah ummi). Mereka sambung belajar masa ummi tgh amik SPM. Pak Ngah (UPSR masa tu)tinggal di Batu Pahat manakala Mak Su (5 thn) tinggal di Cheras umah makcik. Masa tu, mmg family ummi sgt sush, sampai atuk ambil upah lipat kotak @ UTM sampai Naib Canselor nampak & bagi tumpang rumah kelamin di UTM kerana kasihan, angkat buah kelapa sawit sampai luka2 perutnye & byk lg. Nenek pula keja kilang @ JB sampai tak kira siang & malam, kerja basuh pinggan di kedai mamak @ Singapore dgn atuk & byk lagi.. Semuanya atuk & nenek buat demi sesuap nasi utk family ummi & juga demi segulung ijazah. Sayu hati bila fikir pengorbanan mereka. Sungguh mulia hati mereka. Moga Allah membalasnya dgn kebaikan.. Amin..

Sebab tu, ms ummi @ UTM, kalo xde duit pn, ummi xkn minta pd atuk & nenek. Ummi sanggup berniaga mcm2 utk cari duit. Dr sekolah sampai ke UTM, nenek bg RM100/ sebulan & ummi xkn mengeluh @ minta lebih kecuali trlalu trdesak especially akhir2 sem. Sahabat2ku di KTDI, masih ingatkah lg kita makan sedulang setiap hari utk 5 orang (50 sen/orang) dengan menu berikut:

Nasi putih 1 bungkus (isi penuh2) = RM0.50
Lauk ikan/ ayam goreng (1 ketul) = RM1.50
Sayur = RM0.50
Kuah (tukar2 menu: asam pedas/lemak/sup & lain2) = RM0.50 (selalunye dpt free jer)

So, total semua = RM2.50 - 3.00 = 50 sen - 70 sen seorang.

Susahnye masa tu.. tp ukhwah sgt erat. Makan pun cukup kenyang & seimbang (",)
Sekarang, semua dah senang, alhamdulillah.. xsusah lagi macam dulu.

Oh ye, mengimbau kenangan masa susah, awal2 kerja dulu ummi bekerja di Hospital Kuala Lumpur as kerani. Gaji = RM20/hari. So biasanya dapat RM400 - RM450 sebulan.

Bayar rumah sewa = RM150
Makan = RM5/sehari = RM150
Balik Kluang = RM80
Bagi atuk & nenek = RM30
Baki = RM40.

Hm.. susahnye masa tu.. Hidup di tgh2 kota Metropolitan benar2 menginsafkan & ummi ambil keputusan xkn besarkan anak2 ummi di Kota Besar mcm tu lagi.. Kesian anak2 ummi nanti. Xkenal suasana kampung & hidup gaya org bandar.. Biarlah anak2 ummi membesar dalam suasana sederhana & mudah2n tidak terikut2 dgn mereka yg lupa diri. Amin..

Tp anehnya, walaupun baki RM40 utk beli brg kegunaan sendiri, ummi mampu utk beli cash mesin basuh jenama Haier (tahan hingga 5 thn, pastu repair & xamik trus sbb harga beli baru & kos repair sama), beli kipas angin jenama Khind & 2-2 barang ni boleh digunakan oleh semua orang dalam rumah sewa tu. Itu xtermasuk ummi leh keluar jln2 g umah kwn2, sedara mara & window shopping dgn kawan2 di sekitar kotaraya Kuala Lumpur. Bila difikir2kan kembali, macam tak percaya je. Tapi, mungkin itulah yg dikatakan berkat.. tak lupa juga ummi kepada pepatah, 'Besar periuk, besar keraknye'.

Nk dibandingkan kehidupan ummi & ayah sekarang.. sangat jauh berbeza. Alhamdulillah, Allah beri segala kemudahan & kami tak pernah susah sampai kena ikat perut.

"Ya Allah, jgn engkau jadikan hati2 kami ini, hati2 yg mencintai dunia & membenci akhirat. Berkatilah segala rezeki yg Engkau kurniakan kpd kami & Jadikanlah rezeki yg Engkau kurniakan ini kami gunakan utk jalan yg Engkau redhai"

Ummi teringat kata2 seorang ustaz (kelana) di Pasir Gudang ini ketika syarikat ummi memberi bantuan utk org2 miskin yg benar2 mngusik jiwa ummi. "Wahai sahabat2 saya yg kurang berkemampuan, hendaklah kamu bersyukur kerana kamu diberikan kesusahan / kemiskinan di dunia. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda, Sesungguhnya, beruntunglah kamu jika diduga dgn kemiskinan kerana kamu tidak akan dihisab akan harta kamu di dunia ketika di Padang Mashyar nanti. Manakala, org2 yang dikurniakan dgn kesenangan harta di dunia, akan dihitung setiap hartanya digunakan utk apa & ke mana. Oleh itu, byk2lah kamu bersyukur & bertakwa kepadaNya".

Ya Allah, bersyukurkah diri hambaMu ini? Ummi harap, ayah & anak2 ummi semuanya tergolong di kalangan org2 yg bersyukur & membelanjakan harta ke jalanNya (fisabilillah).

Allahuakbar!

Wednesday, September 7, 2011

Kereta oh kereta!

Salam..

Baru semalam cakap pasal plan nk buat this & that. Slh satunye ialah nak beli kereta. Tup-tup, keretaku Iswara itu telah membuat hal masa on the wa balik ke rumah. Mujur cik abg yg bawa. Kalo cik kak yg bawa.. memang gelabah la jawabye. Tiba2 je kereta berasap. Nasib baik perasan. Kalo x, xtau la..

Rupa2nye ada tiub getahnye bocor. Cik abg betulkn sendiri. Wah, pandailah pulak.. Alhamdulillah.. tp, harap2 tak bocor lg. Risau juga nk jalan jauh kalo dh macamni..
Hari Raya yg lepas dh jln about 1000km.. Jauh kan? Mmg setiap kali beraya camtu.
Just imagine bajetnye..hehehe..

So, nk beli kereta baru ke? Nak beli kereta ape ye.. Taste MPV... Ada yg nk bg idea tak?

Tuesday, September 6, 2011

Our Next Plan?

Salam Aidilfitri semua..

Lama betul jejari ini tidak menitipkan kata dalam blog ni. Kesibukan harian seorang ibu yang berkerjaya siang & malam mmg amat mencemburui masa. Bayangkanlah, facebook pun jarang2 sekali kujengah.

Lately ni, tetiba rasa nk fokus pd anak2 pulak. Bukan ape, bila tgk ada anak kwn yg umur 2 tahun dah pandai membaca, timbul rasa bersalah pada diri sendiri sebab kurang memberi perhatian pada anak yg sedang membesar. Ruginye lah.. So, ada beberapa perancangan utk membetulkan kesilapan sebelum terlambat utk anak2 kesayangan Ummi & Ayah & juga utk our family:

1. Nak hantar wardah join kelas melukis Global Art.
Ni dapat tau dari jiran sebelah. Tujuannya, utk mengaktifkan sel kiri otak anak dgn byk berkarya & melukis. Di samping itu, dapat melatih anak2 berkomunikasi & bersosial dgn rakan seusianya dgn lebih baik. Katanya yuran = RM80 sebulan. Anak jiran tu speaking jer. Tp, boleh plak communicate dgn wardah. Mcm ayam & itik bila bercakap. Tp, budak2 kecik ni mmg unik la.. Diorg leh plak main sama2. Sampai mesej even bertutur dlm bahasa yg berlainan.

2. Nak tukar susu formula wardah dr Pediasure kpd Sustagen
Sbnrnya, Doktor mmg suruh wardah minum Susu Pediasure sbb dia 'cerewet makan'. Puas dh layan dia nk mkn. Tp, seleranya tetap sama. 3 hari sekali baru betul2 lapar. Itu pn, just sepinggan nasi pd kadar biasa budak usia dia mkn. Mmg agak merisaukan juga. Tp, dgn susu pediasure, nmpknye zat dia cukup. Persoalannya, samapai bila dia nk bergantung pada susu tu? So, last week cuba tuakr dgn susu S26. Ni wardah pilih sbb ada gambar Upin Ipin katanya. Tp, ummi pilih sbb ada logo halal & nutrien dia bagus especially kandungan DHA yg tinggi. But, unfortunately, wardah xnk minum. Habis juga sekotak utk 1 minggu. Cuma rasanya dia minum 25% jer. Yg lain terbuang & yg plg merisaukan terus xnk makan. So, secara drastik, tukar kepada susu Sustagen. Currently, still in the process. Hopefully, dia ok.. tp, kena olok2 letak susu tu dlm tin Pediasure. hehe.. Any komen?

3. Nak tukar susu formula Rayyan from Friso Gold kpd Enfagrow/ Karihome?
Ni still dlm perbincangan. Perlu atau tidak utk tukar. Sbb utama sbb nafas Rayyan selalu brbunyi mcm ada lendir dlm peparu dia. Wardah dulu tak. Sbb below 1 year, wardah fully minum Enfagrow. Alhamdulillah sesuai dgn wardah. So, yg Rayyan ni kena tunggguuuuu.. Any komen?


4. Nak amik maid @ helper at my home
Ni satu keputusan yg diambil setelah dibincangkan hampir 1thn lebh iaitu sejak Rayyan dlm kandungan lg. Yelah, kos hntr ke rumah pengasuh & ada maid at home adalah sama. Bezanya, rumah kita sentiasa ada org vs rumah kosong time keja. Mmg 2-2 keputusan ada risiko. Setelah puas istikharah & brbincang akhirnya kami amik kata sepakat utk amik maid. Minta tlg my Biras tlg carikan masa balik raya aritu.. Tup tup.. arini dia kata ada maid yg available & total cost = RM3K. Not bad.. Hopefully, sumenya brjalan lancar.. Ya Allah permudahkanlah urusan ini & lindungilah kami dr segala perkara yg mengganggu rumahtangga kami ini. Amin..

5. Beli kereta baru!!
Ni dh lama sgt2 dibincangkan. Sejak sebelum beli rumah yg kami duduk skang. Means, dh hampir 3 thn pn. Sushnye nk wat keputusan bab ni. & kisah nak beli kereta ni sgt pjg.. Nnt lah I share.. hati lom tenteram utk story mory di sini. Apa yg pasti, mmg byk tul dugaan nk beli kereta. Sbnrnya, dh jd keperluan utk kami, tp, nk matchkn keperluan & kehendak tu yg jd sush sgt2. Yelah, nk brhutang 7-9 thn kena byr monthly tu bukan jgkamasa yg sekejap. Lepas dh beli rumah sendiri ni, mmg betul2 kena jaga bajet.

6. Nk amik Insurans: Target b4 end of this year.
Yg ni mmg kena amik. By hook or by crook. Because why? My children kecik2 lg. So, kalo amik skang dh leh jd saving bila they all umur 20 thn nnt. Insyallah anak2 ni masuk Universiti (mudah2n). So, xdelah trbeban sgt nk biaya pelajaran diorg nnt.

7. Pelaburan Emas..
Mcm tiba2 interested dgn pelaburan emas ni. Mlgnye, skang ni mcm problem nk beli jongkong emas & others. So, kena beli emas perhiasan jelah nampaknye. Sbb Ar-Rahnu terima emas perhiasan utk jual, beli & pajak ni. Still in our observation & survey lg ni. Lom buat apa2 keputusan. CUma, bila pk duit simpanan anak2 dlm Tabung Haji, which one is better u think? SImpan dlm tabung haji or belikan emas perhiasan? Feedback sket guyz..

Orait.. setakat di sini dulu celotehku utk hari ini. Nk sytudy sket.. mlm ni nk mengajar plak.. Wasalam..

Saturday, May 7, 2011

Permata Hatiku - Wardah & Rayyan (",)

Tgh tunggu ikan bakar @ Melaka.. laparnye perut saya..
Ni Kak Long Wardah.. muke tension xdpt main bowling..
Rayyan Zikry tergelak besar diagah oleh pakciknye..

Dah lama betul xupdate blog ni.. kesibukan yang teramat sgt sehingga update blog menjadi awlawiyat yg hujung2 dlm idupku.. Namun, dlm kesibukan tu terselit pelbagai peristiwa yg menjadi kenangan terindah dlm hidup kami sekeluarga..

Gambar kt atas ni, Kak Long Wardah & Adik Rayyan masa April 2011...

Sekarang Rayyan dh 8 bulan.. giginye baru 2.. Dh pandai memanjat.. Walker pn dah berjaya dia panjat. Xpandai merangkak pun.. mybe dia skip.. herolah katakan.. nk terus jalanlah.. Adik dh pandai cakap mamamama.. & babababa.... Berat skang = 7.5 kg. Wataknye pendiam tp sgt lasak & aktif..

Kak Long Wardah plak skang dh 2 kali exam kat Tadika Pasti. Masa 1st exam dpt no 7/18. 2nd exam dia demam panas 1minggu. Exam pn jatuh sket.. dpt no 14/18.. Kira okeylah sbb dia baru 3 thn stgh. Buln 11 baru 4 thn.. Dah tu, kelas dia campur dgn budak 5 thn.. 3 org je yg umur 4 thn trmasuklh wadah. Apepun, ummi & ayah banga dgn kak long & doakan Kak Long jd insan yg berguna di dunia & cemerlang di akhirat.. Amin (^o^)

Saturday, October 3, 2009

Jemputan Rumah Terbuka


Salam semua sahabat handai & saudara mara,

Kami sekeluarga dengan berbesar hati menjemput anda semua menghadiri Majlis Rumah Terbuka di kediaman kami bersempena Aidilfitri 1430H. Datang jgn tak datang tau!.. :)

From us:
Ahmad Hisham Ab Wahab
Siti Salwa Norazlan
Siti Wardah Insyirah

Monday, June 8, 2009

Jemputlah Datang Kenduri Ye!

Assalamualaykum wrh wbt,

Kawan-kawan sekalian,

Dijemput ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat (Berpindah ke rumah baru) seperti maklumat berikut :

Alamat : No.4 Jalan Rimbun 1, Bdr Seri Alam, 81750 Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 13 Jun 2009 (Sabtu) jam 9.00 malam

Mohon dipanjangkan kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih.

Tuesday, April 7, 2009

Pindah rumah baru!

Alhamdulillah, pada 5 April 2009 kami sekeluarga dah pindah rumah baru di Bandar Seri Alam. Stlh brtungkus lumus dr bulan September 2008 hingga kini, akhirnya impian yg dibina tercapai jua. InsyaAllah, nnti bila kami nak wat kenduri kami akan maklumkan pada semua. Dtg tau jgn tk datang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...