Thursday, December 31, 2009

Marhaban Tahun 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur. Bahagiakanlah & berkatilah hidup kami di dunia & di akhirat. Pandulah kami ke jalanMu yg Lurus. Ampunkanlah kami atas dosa-dosa yg lalu sama ada yg kami sedar atau tidak. Sesungguhnya, hambaMu ini selalu lalai. Anugerahkanlah kami hati yg sentiasa tawaduk & mengingatiMu Ya Allah. Limpahkanlah rezeki kami utk jlnMu Ya Allah. Moga kami tergolong di kalangan insan yg beramal soleh di akhirat sana. Amin..

Tuesday, December 29, 2009

Wardah Kena Chicken-Pox




ni gambar Wardah masa kena chicken-pox baru2 nih. Sian wardah, habis satu badan kena, tapi dia tetap jugak maintain, amik gambar pun sempat posing lagi tu. Susah jugak bila duduk kat taman ni nak cari penawar chicken-pox iaitu daun semambu@bambu (kalau masyarakat India panggil daun Neem), tapi alhamdulillah dengan bantuan Kak Ros (penjaga Wardah) daun tu dapat diperolehi. Sekarang, kami sendiri tanam daun ni, sesapa yang memerlukan boleh lah dapatkan dari kami lepas ni. Kerana Wardah kena chicken-pox jugak kami terpaksa membatalkan program untuk balik kg menghadiri majlis perkahwinan makcik saya di Batu Kikir, Negeri Sembilan dan majlis perkahwinan kawan baik isteri saya di Air Hitam, Batu Pahat. Selamat pengantin baru buat mereka. Alhamdulilah, sekarang Wardah dah sembuh, cuma ada sikit aje lagi kesan parut yang belum hilang dan Wardah sudah bersedia untuk kembali beraksi!

Monday, December 28, 2009

Alahai Wardahku Sayang..

Insiden Pertama

Sedang kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi mengambil orang tuaku kembali dari Tanah Suci :

Ummi : Wardah, Wardah dah besar, mana boleh hisap puting lagi..
Wardah : Tanak..
Ummi : Dah besar mana ada orang hisap puting lagi. Ummi buang ye?
Wardah : Nangan (Jangan) dalam pelat bahasanya..
Ummi : Kenapa tak boleh buang pulak, Ummi buang ke luar ya? (sambil mengacah untuk buang ke luar tingkap kereta)
Wardah : Nangan, tak bole..
Ummi : Kenapa pulak?
Wardah : Nanti polis tangkap!

Tergelak besar kami berdua mendengar. Alahai cerdiknya Wardah . Takde sapa pun ajar cakap macam tu.. Mcmn ntah boleh terfikir mcm tu..

Insiden Kedua

Suatu petang, Wardah yang kena chicken-pox merayu untuk dibawa berjalan2 menaiki motor, tetapi kerana petang itu hari hujan, aku tak dapat nak menunaikan janjiku padanya. (kalau kena chicken-pox, kata orang tua tak boleh kena air hujan, nanti parut tak hilang). Lalu pada malam itu sejurus selepas solat Maghrib, Wardah datang kepadaku :

Wardah : Ayah, hujan! (Sambil menunjukkan kearah luar rumah)
Ayah : Ish, mana ada hujan.. Petang tadi je hujan.. Hujan dah berenti dah..
Wardah : Jom, naik moto jalan2.. (Maksudnya, hah, dah tak hujan, boleh la jalan2 naikl moto)
Ayah : Err.. (tak tahu nak jawab ape)

Alahai Wardah, tak terkata apa dah ayah. Punyalah cerdik nak ajak naik moto, baru 2 tahun dah pandai buat reverse-psychology. Kalau dah besar tak tahu lah..

Saturday, December 26, 2009

Memori @ Redang Island

Tgk gambar2 lama, ternampak la gambar masa g Redang Island. My hubby & I je pergi.. Oktober 2009 yg lalu. Anak tinggal, bg la ummi & ayah honeymoon skejap :) 1st time pergi dgn kwn2. Actually ada program Redang Island Clean Up Day 2009. Kiranya pergi coz nk brsihkan pantai la.. Cintai Alam Sekitar la katakan...

Check out the photos...

Ni masa tgh tunggu bot ke redang






Fuh, bestnye snorkeling.. Subhanallah ;)





Get set go snorkeling!



Friday, December 25, 2009

Tazkirah Sket :)



Firman Allah dlm Surah Al-Ahzab:59 ini merupakan perintah Allah bagi semua umat Islam (perempuan) untuk menutup aurat dgn melabuhkan tudung (hijab) dengan menutup dada. Marilah kita sama-sama ingat-mengingati antara 1 sama lain... InsyaAllah.

Friday, December 11, 2009

Our 3rd Anniversary (9 Disember 2009)

Alhamdulillah, telah 3 tahun kami melayari rumahtangga. Mudah-mudahan, hari-hari yg mendatang, hubungan kami akan dilimpahi dgn ikatan kasih sayang hingga ke akhirat kelak. Amin...


Sempt snap pg tu b4 g keja :)


Oh! My new Jewellery Music Box



Cantek tak Ros 3 kuntum ni?


Thn ni kami sambut simple je. Sbb quite sibuk dgn tugasan seharian. Hm.. hubby dapat baju British India. Wa pula, hubby hadiahkan Jewellery Music Box. Cute kan? Ms zmn cintan cintun dulu xdela plak dapat.. hehe.. & surprisingly, mlm tu dpt Bunga Ros Merah pulak. Oh.. TQ so much ayang.. Love U always!

Wednesday, November 18, 2009

Happy 2nd Birthday Siti Wardah Insyirah (18 Nov 2009)

Dear Sygku Wardah Insyirah,

Selamat Menyambut Hari Kelahiranmu yg ke-2.




Comotnye dier...


Dia pun nyanyi lagu Hepi Bufday (dgn pelatnye)


Inilah hasil operation wardah pd kek Doraemonnye;p


Masih ummi ingat lagi saat kelahiranmu yg penuh dgn memori yg tak dapat dilupakan. Wardah tau tak.. masa wardah nak lahir dulu, ummi & ayah tgh attend Annual Dinner sykt ummi. Esoknya, ummi & ayah ada exam kelas Master. So, ummi punyalah berdoa pd Allah mudah-mudahan wardah lahir selepas exam. Jadi, ummi pn bertahan la tak ke hospital.

Masa ummi dah mula rasa sakit tu, Salleh Yaakob (Artis) masa annual dinner tu perasan riak wajah ummi tahan sakit & dia bgtau pd ayah baca selawat & fatihah pd segelas air & bg ummi minum. Alhamdulillah, maybe tule air selusuh ummi plus air oren & sup shark fin :) Si Nasya Aziz pn usap2 perut ummi & Adibah Noor kata, ummi sama bulat macam dia..

Genap 11.00 mlm, ummi dah tak dapat bertahan lg. So, ayah cepat2 bawa ummi turun lif & naik kereta. Tup2, nk turun tu kereta jem teruk & tak bergerak langsung. Saat tu sgt cemas & ayah maklumkan pd pengawal & pihak polis yg berdekatan terus eskot kami ke Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru. Ayah bawa kereta wira putih (ofis) sama laju dgn keta polis. Langgar semua lampu isyarat. Mcm nk patah pinggang ummi rasanya masa tu.

Sampai je kat HSA, polis td terus angkat ummi naik wheel chair & bawa ummi ke wad bersalin. Ayah pula uruskan dokumen & pakaian. Sampai kat wad, semua nurse kat situ mcm terkejut tgk kami. Yelah, mana taknye. dah le polis yg tolak wheelchair ummi, pastu ummi plak pakai mekap & baju jubah kilat2. Msg2 berbisik sama sendiri, 'Ni anak datuk mana plak ni'. Sempat juga ummi tersenyum sendiri.

Ummi dimasukkan ke bilik bersalin kul 12.30 pagi. Sambil tu ayah tak brenti2 bacakan surah yasin. Berulang-ulang ayat yg sama ummi dengar. Yelah, ayah main hafal je. Ayah temankan ummi hinggalah saat Wardah dilahirkan. Akhirnya, wardah selamat dilahirkan tepat jam 2.22 pagi (18/11/2007 - Ahad). Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana mengurniakan puteri kesayangan kami - Siti Wardah Insyirah (Cik Bunga Mawar yg Melapangkan Hati).

Buat Wardah, ingatlah pesan ummi. Hadapi hidup yg penuh dengan cabaran & ujian ini dengan tabah. Ingatlah, matlamat hidup kita ialah akhirat. Jadilah anak yg solehah & semoga Wardah bahagia di dunia & di akhirat.. Amin.

Saturday, October 3, 2009

Jemputan Rumah Terbuka


Salam semua sahabat handai & saudara mara,

Kami sekeluarga dengan berbesar hati menjemput anda semua menghadiri Majlis Rumah Terbuka di kediaman kami bersempena Aidilfitri 1430H. Datang jgn tak datang tau!.. :)

From us:
Ahmad Hisham Ab Wahab
Siti Salwa Norazlan
Siti Wardah Insyirah

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah - Allahyarhamah Sharifah Radzua

Al-Fatihah. Pada tanggal 13 Ogos 2009, Allahyarham Sharifah Radzua Syed Ali telah meninggal dunia bersama-sama anak di dalam kandungannya yg berusia 8 bulan. Pemergiannya amat dirasai apatah lagi saya baru je melawat arwah di Hospital Penawar akhir bulan lepas. Kenangan bersama beliau tidak pernah kulupakan. Semoga roh beliau akan dicucuri rahmat & tergolong di kalangan orang-orang yang soleh. Amin...

Monday, August 10, 2009

Al-Fatihah: Mangsa ke7 Influenza H1N1

Al-Fatihah.. ditujukan khas buat Allahyarhamah iaitu adik kepada Mariatulasni Miskam. Pagi ini saya dikejutkan oleh berita yg begitu mengejutkan. Xsangka Allahyarham yg sedang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia setelah diserang penyakit H1N1 tak sampai seminggu menderita penyakit itu. Bayi yg berusia 8 bulan di dlm kandungan meninggal dunia pada hari Khamis lepas manakala ibunya meninggal selepas koma hampir seminggu. Sedih & pilu namun tiada siapa yg dapat menahan kehendak takdir Allah. Moga kita yg masih hidup & sihat ini banyakkan berdoa & usaha utk lakukan pencengahan trhadap wabak yg teruk melanda seluruh dunia ini. Tidak tahulah sama ada ini merupakan ujian mahupun bala dari Allah. Apa yg pasti, marilah kita sama-sama kembali kepadaNya menginsafi segala kekhilafan diri.. Rajin2 baca doa ketika terjadi penyakit menular: "Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan ynag menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Friday, July 17, 2009

1st time main LAWN BOWL

Dear kwn2,

Mcm tak percaya je, saya dapat main Lawn Bowl kt Stadium Indoor Bayuemas, Klang. Stadium ni SIme Darby Property punye. Best rupanya main Lawn Bowl ni. Org kata game ni utk org2 tua.. TAK LAH... Mainan ni sesuai utk semua golongan & it is a STRATEGIC GAME! Mmg mencabar minda... Coach kata, 70% Mental + 20% skill + 10% fizikal. SO, sape2 yyg nk menajamkan minda tu jomlah main Lawn Bowl.. Kt Johor ni ada Indoor Stadium utk Lawn Bowl kt Larkin. Jom kita pkt ramai2 main kt sana nak? Thanks to Brother Jo (Coach - X Malaysian Player) for the knowledge...

Monday, June 8, 2009

Jemputlah Datang Kenduri Ye!

Assalamualaykum wrh wbt,

Kawan-kawan sekalian,

Dijemput ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat (Berpindah ke rumah baru) seperti maklumat berikut :

Alamat : No.4 Jalan Rimbun 1, Bdr Seri Alam, 81750 Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 13 Jun 2009 (Sabtu) jam 9.00 malam

Mohon dipanjangkan kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih.

Tuesday, April 7, 2009

Pindah rumah baru!

Alhamdulillah, pada 5 April 2009 kami sekeluarga dah pindah rumah baru di Bandar Seri Alam. Stlh brtungkus lumus dr bulan September 2008 hingga kini, akhirnya impian yg dibina tercapai jua. InsyaAllah, nnti bila kami nak wat kenduri kami akan maklumkan pada semua. Dtg tau jgn tk datang....

Thursday, March 19, 2009

Kenangan di Kota Kinabalu, Sabah

Tanggal Julai 2008, kami 1 family Cuti2 Malaysia di KK, Sabah. Bestnye ke sana. Si comel Wardah ni dah byk tpt dia berjalan. Dr dlm perut lagi dah sampai Indonesia.. :) Pengalaman di sini, dapat tgk kehidupan org Sabah. Yg menariknya, byk tpt utk dilawati. Bandar KK pun tepi laut je. Seafood? Toksah cerita la. Asik makan seafood je spjg bercuti kat sana. Murah & fresh. Ada byk mutiara, ukiran kayu, karangan laut, hasil kraftangan dan byk sgt hasil bumi Sabah ni. Rasa tak puas 5 hari di sana. Merasa juga la kami menjejakkan kaki di kaki gunung Kinabalu. Kalo tak bawa Wardah, pasti saya & Hubby akan gagahkan diri menawan puncak Gunung Kinabalu tu.. hehehe... Layanz.......
Model Kaki Gunung Kinabalu.. segak berdiri menahan kesejukan. hehehe :)
Gambo ni kat KD Kedah, Angkatan Tentera Laut Malaysia. Sepupu wa kapten kapal ni. Jadi, berpeluangla kami mmbuat lawatan sambil belajar kat sini. Ni kat unit kawalan menembak kapal ni. Ganassszzzz...
Ni gambar kami dgn org2 Iban. Baru lepas tgk drama lakonan & tarian. Klakanye, wardah pun jadi model. Mat Salleh sibuk amik gambo dia sebb kitorang je visitor Melayu masa tu.. Agak2nye, gambo kitorg diorg wt poskad tak?
Steamboat @ Seafood di Restoran Nelayan, Sabah. Siap ada tarian kebudayaan lagi. Ramai pelancong Jepun & China yg datang sini. Sedap chef Hisham masak :)
Ni bergambar di Pasar Tamu @ Gaya Road, KK. Best kt sini. Cuaca panas terik tp wardah sedap je tido. Ni muka dia baru bgn tido. Tak sah kalo ke KK tak datang sini tau!

Tuesday, March 17, 2009

Adikku bakal usahawan berjaya!



Sila lawati http://edirgroup.blogspot.com untuk info lanjut.

Saturday, March 14, 2009

Maulidur Rasul SAW di Cameron Highland!




Salam semua..
masa cuti maulud nabi yg lepas, my dept buat Family day di Cameron.
Best jln ramai2. 2 bas tu... We all tinggal di apartment. Selesa la...
So, tengoklah aksi2 si Wardah masa kt Cameron :)

Wednesday, January 28, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...