Monday, December 28, 2009

Alahai Wardahku Sayang..

Insiden Pertama

Sedang kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi mengambil orang tuaku kembali dari Tanah Suci :

Ummi : Wardah, Wardah dah besar, mana boleh hisap puting lagi..
Wardah : Tanak..
Ummi : Dah besar mana ada orang hisap puting lagi. Ummi buang ye?
Wardah : Nangan (Jangan) dalam pelat bahasanya..
Ummi : Kenapa tak boleh buang pulak, Ummi buang ke luar ya? (sambil mengacah untuk buang ke luar tingkap kereta)
Wardah : Nangan, tak bole..
Ummi : Kenapa pulak?
Wardah : Nanti polis tangkap!

Tergelak besar kami berdua mendengar. Alahai cerdiknya Wardah . Takde sapa pun ajar cakap macam tu.. Mcmn ntah boleh terfikir mcm tu..

Insiden Kedua

Suatu petang, Wardah yang kena chicken-pox merayu untuk dibawa berjalan2 menaiki motor, tetapi kerana petang itu hari hujan, aku tak dapat nak menunaikan janjiku padanya. (kalau kena chicken-pox, kata orang tua tak boleh kena air hujan, nanti parut tak hilang). Lalu pada malam itu sejurus selepas solat Maghrib, Wardah datang kepadaku :

Wardah : Ayah, hujan! (Sambil menunjukkan kearah luar rumah)
Ayah : Ish, mana ada hujan.. Petang tadi je hujan.. Hujan dah berenti dah..
Wardah : Jom, naik moto jalan2.. (Maksudnya, hah, dah tak hujan, boleh la jalan2 naikl moto)
Ayah : Err.. (tak tahu nak jawab ape)

Alahai Wardah, tak terkata apa dah ayah. Punyalah cerdik nak ajak naik moto, baru 2 tahun dah pandai buat reverse-psychology. Kalau dah besar tak tahu lah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...