Wednesday, March 31, 2010

Menerima Ijazah Master di Majlis Konvokesyen UTM Ke-44







Alhamdulillah.. Gambar2 kenangan pada hari saya dan isteri menerima Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Majlis Konvokesyen Kali UTM Ke-44. Kejayaan ini kami dedikasikan buat puteri penghibur hati tersayang, Siti Wardah Insyirah, moga dirimu kelak akan jua berjaya seperti ayah dan ummi. Buat seluruh ahli keluarga dan keluarga mertua juga buat semua pensyarah, terima kasih jua yang mampu kami ucapkan atas pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua. Insyaallah.

Friday, March 26, 2010

Konvo!!!!!!




selepas 3 tahun berhempas pulas, alhamdulillah akhirnya kami bergelar graduan Master! kami dedikasikan kejayaan ini buat permata hati, siti wardah insyirah, moga kejayaan kami akan menjadikan dirimu jua berjaya! aim for the next level.. PhD.

Wednesday, March 10, 2010

Alhamdulillah.. Wardah akan dapat adik!

Alhamdulillah, tak lama lagi Wardah akan dapat adik! Syukur pada Allah, seperti yang dirancang, selepas kami menamatkan pengajian di peringkat Sarjana ni memang berniat nak tambah ahli keluarga, buka ape cuma kesian kat Wardah, takde geng nak main sama2. Huhuhu. Bertambahnya ahli keluarga maka bertambahlah bebanan tanggungjawab yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Moga kami diberikanNYA kekuatan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah ini. Ya Allah, berikan kami hidayah dan petunjukMU untuk membimbing zuriat dan keluarga kami menuju jalan redhaMU Ya Allah. Ameeen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...