Showing posts with label Konvo. Show all posts
Showing posts with label Konvo. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Konvo!!!!!!




selepas 3 tahun berhempas pulas, alhamdulillah akhirnya kami bergelar graduan Master! kami dedikasikan kejayaan ini buat permata hati, siti wardah insyirah, moga kejayaan kami akan menjadikan dirimu jua berjaya! aim for the next level.. PhD.

Tuesday, February 9, 2010

akhirnya segulung ijazah sarjana milik kami..


Selepas hampir 4 tahun berhempas pulas, alhamdulillah pada minggu yang lalu kami menerima khabar gembira dari Sekolah Pengajian Siswazah, UTM memaklumkan bahawa saya dan isteri sudah DISAHKAN berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan bakal menerima ijazah sarjana dalam Majlis Konvokesyen Ke-44 pada 27 dan 28 Mac ini. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi, tetapi alhamdulillah berkat sokongan seluruh pesyarah yang amat berdedikasi, ahli keluarga yang tak putus-putus memberi dorongan, rakan-taulan yang sentiasa mendoakan dan semua yang menyumbang, semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan kalian. Buat puteri tersayang Siti Wardah Insyirah, sesungguhnya kejayaan ini kami dedikasikan buatmu sayang! Semoga dikau juga kelak akan berjaya mengikut jejak langkah kami. Paling utama buat isteri tersayang, Siti Salwa Norazlan, ketahuilah sesungguhnya tanpa dirimu, tidak mungkin aku disini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...