Friday, December 31, 2010

Cinta Allah



Inilah lagu yg ummi selalu nyanyi pada Wardah & Rayyan. Sekarang wardah dah pandai nyanyi lagu ni.. Bila dia hepi je.. mesti dia nyanyi sambil menari2. Rayyan plak bulat je mata tgk Kak Long wardah menari-nari :) Moga anak2 ummi akan mencintai Allah & Rasul sehingga ke akhir hayat. Amin..

Sunday, December 12, 2010

Happy 4th Anniversary



Alhamdulillah, tanggal 9 Disember 2010, dh genap 4 tahun usia perkahwinan kami.. Syukur kepadaNya atas kelahiran 2 cahayamata yg cukup sempurna & membahagiakan.. Syukur juga kepada pasangan (suamiku) yg cukup memahami diriku.. Syukur atas anugerah ini Ya Allah..

Thursday, October 28, 2010

Hari ke-7: Rayyan dicukur rambut







Ni la post2 menarik ketika ayah tgh cukur rambut Ahmad Rayyan Zikry.. Mcm pro plak ayah ni..hehe.. tp yg bestnye, Rayyan tetap maintain tidur mcm xde pape yg berlaku pd dia.. kena sapu dgn krim shave tu mst sejuk kan.. relax je.. pasni, ummi & ayah akan timbg rambut rayyan k..so far, azan, tahnik, bg nama & cukur rambut Rayyan dh settle. Yg pending.. akikah 2 ekor kambing & sunat.. haa.. sunat lambat lg la. Tunggu Rayyan dh sekolah rendah nnt eh.. Nk masuk sekolah tahfiz ke? Mudh2n.. amin..

Sunday, October 24, 2010

Ahmad Rayyan Zikry



Assalamualaikum...
presenting Ahmad Rayyan Zikry Ahmad Hisham, my new family member..
Ahmad stand for nama Nabi Muhammad
Rayyan stand for nama syurga utk org yg berpuasa, yg tidak haus, yg puas etc
Zikry stand for ingatanku
semoga kelak menjadi ansorullah, anak soleh yg berjaya dunia dan akhirat.. ameen..
thanks my wife for our cute lovely little baby..

satu gambar masa Rayyan belum cukur rambut lagi, gambar yang lagi satu tu Wardah tumpang posing dengan Rayyan yang dah cukur rambut..

Tuesday, October 19, 2010

Alhamdulillah, It's a boy!









































17 Oktober 2010,pukul 10.59 pagi, lahirlah seorg bayi lelaki yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga di Hospital Pakar Putri, JB. Alhamdulillah, semuanya selamat & sihat dgn bantuan Dr. Nooraini Hj Shaa'ri & Mak Wati. Nama baby lom confirm lagi.. Nnt dh confirm ummi & ayah announce k..

Al-kisahnye, pd 16 Oktober (Sabtu), kami sekeluarga brcdg nk bermalam di Mutiara Motor Resort @ Sedili. Baru separuh jln (@ Ulu Tiram), rupanya ummi dh rasa 'contraction'. Hm.. tanda2 nk brsalin ni! So, ayah decide utk balik umah & prepare utk ke hospitl.. Xnk kejadian masa bersalin Kak Long Wardah brulang lagi. (Yelah, bersalin masa Annual DInner company & di'eskot' oleh Polis ke HSA, JB). Last2, Kak Long lahir lps 2 jam di HSA & dibedung dgn kain pelekat ayah.. Kesian kak long.

So, bila smpai umah, ummi minta ayah belikn air kelapa? Ape motifnye?? Hm, org kata, kalo minum air kelapa b4 brsalin nnt baby bersih. Tp, mmg betul.. Baby lahir xde kerak2 kt kepala & bersih kulitnya... 1stly, ayah hntr kak long g umah Mama Ros (Pengasuhnye).. Kak Long mcm dh tau je baby nk lahir.. Tiba2 je dia panggil.. baby.. baby.. b4 g umah Mama Ros tu. Nk trgelak ummi tgk telatah Kak Long.

Kul 12.30 pagi kami sampai di Hosptl Pakar Putri. Hm.. kali ini ummi sakit lama.. Dr kul 12.30 pagi (sbnrnya pg tu checkup kul 12 pm dh 3cm) sampai kul 5 pagi bukaan masih 3cm. Hm.. sakitnye tuhan je yg tau. Dr check & ckp kepala baby 'LOT'. Ape tu? Rupanya, kepala baby dlm keadaan mngiring. So, patutlah sush sgt baby nk kluar. So, subuh tu, ummi minta ayah wt solat hajat utk dpermudhkn.. Ummi rs dh xde tenaga sgt. & minta jauhla nk kena 'caesarian'.

Alhamdulillah, pas subuh tu ada progress & baby lahir kul 10.59 am. Ada hikmhnye baby lahir lewat sket sbnrnya.

1. Doktor yg spatutnye smbut baby demam teruk. SO, pagi tu doktor gagahkan semangat utk sambut baby.. demi tanggungjawabnye.. THUMBS UP to Dr. Nooraini Bt Hj Shaa'ri sbb sush payah dtg utk sambut baby even dlm keadaan kurg siht. Sush tul nk cr doktor yg brdedikasi camni. Para doktor di luar sana, moga anda semua mncontohi pengorbanan doktor ni, ok..
2. Nurse shif mlm dh penat sgt sbb ada byk patient deliver mlm tu. So, nurse shift pg masih penuh brtenaga. Thumbs up skali lg utk Mak Wati yg sgt sbr & tekun melaksanakan kerjanya..

Alhamdulillah, subhanallah...itu shj yg terlahir di lidah saat 1st time tgk wajah baby boy..

Sunday, September 5, 2010

Happy Birthday Hubby!



Allah selamatkan ayang.. Allah selamatkan Ayang.. Allah selamatkan Ahmad Hisham.. Allah selamatkan ayang.. hehehe.. Happy Birthday yg ke-28 thn. Semoga bersedia menjadi ayah utk our 2nd baby boy, InsyaAllah.. Amin.. Love you forever :)

Wednesday, March 31, 2010

Menerima Ijazah Master di Majlis Konvokesyen UTM Ke-44







Alhamdulillah.. Gambar2 kenangan pada hari saya dan isteri menerima Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Majlis Konvokesyen Kali UTM Ke-44. Kejayaan ini kami dedikasikan buat puteri penghibur hati tersayang, Siti Wardah Insyirah, moga dirimu kelak akan jua berjaya seperti ayah dan ummi. Buat seluruh ahli keluarga dan keluarga mertua juga buat semua pensyarah, terima kasih jua yang mampu kami ucapkan atas pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua. Insyaallah.

Friday, March 26, 2010

Konvo!!!!!!




selepas 3 tahun berhempas pulas, alhamdulillah akhirnya kami bergelar graduan Master! kami dedikasikan kejayaan ini buat permata hati, siti wardah insyirah, moga kejayaan kami akan menjadikan dirimu jua berjaya! aim for the next level.. PhD.

Wednesday, March 10, 2010

Alhamdulillah.. Wardah akan dapat adik!

Alhamdulillah, tak lama lagi Wardah akan dapat adik! Syukur pada Allah, seperti yang dirancang, selepas kami menamatkan pengajian di peringkat Sarjana ni memang berniat nak tambah ahli keluarga, buka ape cuma kesian kat Wardah, takde geng nak main sama2. Huhuhu. Bertambahnya ahli keluarga maka bertambahlah bebanan tanggungjawab yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Moga kami diberikanNYA kekuatan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah ini. Ya Allah, berikan kami hidayah dan petunjukMU untuk membimbing zuriat dan keluarga kami menuju jalan redhaMU Ya Allah. Ameeen..

Monday, February 22, 2010

CNY @ Genting














Sebelum orang Cina sambut CNY lagi, kami dah raya dulu kat Genting pada 12 Feb 2010 yang lalu. Dengan berhotelkan Genting View Resort kuota Sime Darby, awal2 pagi lagi kami dah memanjat Genting dengan Cable Car. Seharian di 'Puncak Keriangan', hampir keseluruhan outdoor game kami takluki, cuma yg indoor tak sempat nak takluki semua.

Pesta Layang2 @ Bdr Dato Onn









Pesta Layang2 di Bandar Dato' Onn menjadi destinasi kami selepas menghadiri Majlis Perkahwinan rakan kami Khalida dan pasangannya Ayie di Larkin pada 2 Feb 2010 yang lalu . Tidak diadakan di Bukit Layang2, Pasir Gudang seperti kebiasaannya, sambutan pengunjung di tempat baru kali ini agak kurang meriah, mungkin faktor lokasi dan promosi. Mungkin di masa akan datang akan lebih meriah


Menariknya, Wardah menjadi tumpuan beberapa lensa jurugambar yang tertarik merakamkan aksinya bermain belon (ala layang-layang) berbentuk spongebob! Berikut antara beberapa gambar menarik yang sempat dirakam.

Tuesday, February 9, 2010

akhirnya segulung ijazah sarjana milik kami..


Selepas hampir 4 tahun berhempas pulas, alhamdulillah pada minggu yang lalu kami menerima khabar gembira dari Sekolah Pengajian Siswazah, UTM memaklumkan bahawa saya dan isteri sudah DISAHKAN berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan bakal menerima ijazah sarjana dalam Majlis Konvokesyen Ke-44 pada 27 dan 28 Mac ini. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi, tetapi alhamdulillah berkat sokongan seluruh pesyarah yang amat berdedikasi, ahli keluarga yang tak putus-putus memberi dorongan, rakan-taulan yang sentiasa mendoakan dan semua yang menyumbang, semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan kalian. Buat puteri tersayang Siti Wardah Insyirah, sesungguhnya kejayaan ini kami dedikasikan buatmu sayang! Semoga dikau juga kelak akan berjaya mengikut jejak langkah kami. Paling utama buat isteri tersayang, Siti Salwa Norazlan, ketahuilah sesungguhnya tanpa dirimu, tidak mungkin aku disini..

Thursday, January 21, 2010

Ulangtahun Kelahiranku

Salam,

Arini, genaplah usia saya ke-28 tahun. Alhamdulillah, Allah bg kenikmatan untuk hidup di muka bumi ini sehingga ke hari ini. Bila birthday ni, ada perasaan gembira & ada sebaliknya. Kenapa ye?

Gembira!!
Sebab, ada suami yg sgt penyayang & anak yg comel,sihat & ceria. Gembira juga sebb ahli keluarga, saudara mara terdekt, shbt2 sekarang & yg lama masih mengingati Hari Kelahiranku.. Gembira dgn nikmat kurniaan Allah iaitu hidup dalam iman & bragama Islam. Alhamdulillah..

Sedih :(
Sebab, makin brtmbh usia, masa kita utk hidup di dunia ni makin sikit. Maksudnya, smkn dekat diri ini dgn kematian. Dh cukup brsediakah diri ini utk menemuiNya? Seringkali persoalan ini menerjah fikiranku..

Walau apa pun perasaanku, inginku dedikasikan khas utk ibu & bapaku.

Ibuku Siti Hafesah Hj Said,
Terima kasih kerana telah melahirkan diri ini genap 28 thn yg lalu. Walau tika itu, diri ini tidak mengerti akan kasih syg & pengorbananmu. Namun, kini kutahu. Kasih ibu itu adalah amat agung & murni. Setelah diri ini juga bergelar ibu. Terima kasih juga krn tlh mndidikku mnjd insan yg brguna & briman. Hanya Allah yg dpt mmbls pengorbananmu itu...

Ayahku Norazlan Sulaiman,
Terima kasih jua atas segala penat lelah & kesbrnmu mmbesarkanku. Segala nasihat & teguranmu akan kujadikan panduan. Bekalan di dunia & di akhirat.. Moga Allah mmblsnya dgn kebaikan jua.. Amin..

Monday, January 4, 2010

Amalan Elak Gangguan Syaitan

Selamat Beramal!


1. solat 5 wktu jgn tggal
2. sllu bca al-Quran
3. bykkn bzikir
4. elakkn mnde2 lagha
5. sntiase bwudhu'
6. amlkn doa plindung


doa / surah amalan :

1. al-fatihah
2. ayat kursi
3. tiga Qul
4. basmallah (bismillah stiap pbuatn)
5. surah baqarah
- 5 ayat mula
- ayat 255 (ayat kursi)
- ayat 285-286
6. ma'thurat
7. yasin

Doa Rabitah

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مُحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلأَهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَيَخْبُوا وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ
وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ
وَأَمِتْهَا عَلَى شَهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
اَللَّهُمَّ آمِينُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...