Monday, August 10, 2009

Al-Fatihah: Mangsa ke7 Influenza H1N1

Al-Fatihah.. ditujukan khas buat Allahyarhamah iaitu adik kepada Mariatulasni Miskam. Pagi ini saya dikejutkan oleh berita yg begitu mengejutkan. Xsangka Allahyarham yg sedang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia setelah diserang penyakit H1N1 tak sampai seminggu menderita penyakit itu. Bayi yg berusia 8 bulan di dlm kandungan meninggal dunia pada hari Khamis lepas manakala ibunya meninggal selepas koma hampir seminggu. Sedih & pilu namun tiada siapa yg dapat menahan kehendak takdir Allah. Moga kita yg masih hidup & sihat ini banyakkan berdoa & usaha utk lakukan pencengahan trhadap wabak yg teruk melanda seluruh dunia ini. Tidak tahulah sama ada ini merupakan ujian mahupun bala dari Allah. Apa yg pasti, marilah kita sama-sama kembali kepadaNya menginsafi segala kekhilafan diri.. Rajin2 baca doa ketika terjadi penyakit menular: "Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan ynag menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

1 comment:

  1. Al-Fatihah...Ameen.
    Salam semua…

    Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tantang anak-anak anda dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

    Insyaallah selamat…
    Wasalam…

    http://www.PROTECUR.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...