Maaf sebab last week & this week diriku agak sibuk. Banyak perkara yg nk diuruskan. Pagi tadi, terdengar Motivasi Pagi di IKIM tentang hati. Hati yang bersih akan menghasilkan insan yang kamil & cemerlang. Sebaliknya, hati yang kotor akan mengarahkan mata, tangan, mulut & segala2nya buat maksiat. Susahnya nak jaga hati..
Teringat Sabda Rasulullah SAW:
"Dalam badan manusia terdapat seketul daging. Jika bersih daging itu, maka baiklah seluruh badan manusia itu. Daging itu ialah seketul hati"
"Hati ibarat kaca. Setiap dosa ibarat satu titik hitam yang akan menutup kaca tersebut. Maka, jagalah hati daripada ditutup dengan titik2 hitam."
Cuba kita fikir mentol kat rumah kita tu. Kalo setiap hari, kita calit setitik cat hitam.. lama2, lampu tu xkan memberikan cahaya lagi & rumah kita akan gelap.. fuh, takutnya.. hrp2, hati kita xhitam macam tu eh kawan2. Kalo rasa hati dah gelap, pintu taubat Allah masih terbuka selagi nyawa dikandung badan..
Bagaimana nak bersihkan hati?
1. Jaga solat (solat awal waktu).
2. Munajat pdNya sentiasa (Munajat bukan waktu qiamullail jer, malah setiap waktu. Macamana nk munajat padaNya setiap waktu? => Sentiasa bercakap dengan Allah, mohon keampunan dariNya.)
3. Berzikir (Allah memberi air liur kepada kita, tp kita jarang basahkan lidah kita dengan zikir.)
4. Bersangka baik sentiasa (Husnu Dzon) - Always think positive lah ni..
dan byk lagi.. Lagu paling syahdu bagiku & boleh menitikkan air mata sekiranya dihayati (apatah lagi, penyanyinya telah meninggal dunia. Al-Fatihah utk Allahyarham Ustaz Asri - Rabbani)
Munajat - Rabbani
Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Lirik Munajat - Rabbani @ Lirikami
Doa Muhasabah Diri
No comments:
Post a Comment