Monday, November 14, 2011

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432H/ 2011M

Salam..

Belum terlambat rasanya nk wish 'Salam Aidiladha kepada teman2 bloggers yg lain. Setiap kali Aidiladha, jgn ingat nk bercuti, beraya, makan rendang, lemang, ketupat jer.. Marilah kita sama2 mengingati kembali Sirah Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail serta ibunya Siti Hajar..

Alhamdulillah, Aidiladha thn ni dapat juga ummi menyiapkan puding triffle seperti yg dirancang. Aish... bukan sush pun, cuma nk kena ada mood nk buat.. & yg plg penting.. mestilah kena cukup bhn2nye.. Nk jd cerita, bhn2 semua cukup, cuma tersilap beli agar2 bukannya jeli.. So, mcm biasa.. percubaan pertama & kedua belum betul2 puas hati la.. Yg penting, sume org suka makan & target nk buat puding tu tercapai! Senyum je 'cik abg' tgk ummi buat benda2 ni.. Al-maklumlah, kesibukan yg melanda membuatkan masaku di dapur semakin kurang.. Sekarang tgh tanam azam utk rajin ke dapur. Yelah, kelas mengajar part time pn dh abis.. insyaAllah.. (niat buat baik pun insyaAllah dapat pahala kn)

1st percubaan @ Kuala Pilah (mlm Aidiladha):
We all buat barbeque mlm tu.. Ada mcm2 menu, Bihun Goreng, Ayam/ Udang/ Sotong/ Hot Dog Panggang, Sate (yg ni peberet keluarga mertuaku.. wajib ada), Gulai Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi (plg special by emak mertuaku - xde org leh tanding arr, puas cuba buat tp xsama), Buah betik/ jambu batu, Air Tembikai Laici & Air Teh Tarik (wajib ada utk ayah mertuaku).. termasuklah.. puding triffle yg ummi buat (",)

Ikut adat org Negeri Sembilan, selalunya ada adat 'mantai' yg dibuat sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Adat ni merupakan salah satu adat perpatih yg masih diamalkan oleh keturunan Minangkabau, Negeri Sembilan di Malaysia. Uniknya ummi dapat join skali. Adat ni adalah adat bergotong-royong sebelum Hari Raya Aidilfitri/ Aidiladha diadakan di mana penyediaan makanan seperti rendang, lemang, penganan @ dodol & ketupat dibuat secara beramai2 (sekampung tau). Jd mlm Aidiladha tu kiranya berkumpul la sanak saudara & mkn2 ala2 keduri kecil gitu.. TP, sibuk2 kt dapur sampai trlupa nk snap gambar puding ummi yg 1st tu..

Haa... siap ada poster jualan sempena adat mantai ni tau.. xcaye? cuba tgk poster ni.. Tp ni mantai perdana Aidilfitri 2011 laa...



Hebat tu.. siap ada Mantai Perdana lagi (",)
(kredit buat cik gugle ye)


Daging2 yg 'fresh' & siap utk dijual

 Lomang panaeh Kolo Pilah


Penganan @ Dodol Nogori Sombilan
(makan panas2 ms cair tu sedap woo)


2nd percubaan @ Kluang (7 Nov 2011):

Dalam perjalanan balik dari Kuala Pilah ke Kluang, ummi maklumkn pada emak @ nenek wardah & rayyan nk buat puding triffle. Ceh, siap habaq awai2 lagi.. Alhamdulillah, sambil emak & ayah buat Sup Tulang Merah (sedapnye! rsnye mcm 1st time rasa parent buat sendiri), sambil tu le ummi buat puding triffle ni.. Guna buah peach lagi.. Hasilnye.. jeng..jeng.. (siap emak nk bawa ke sekolah bg kengkawan dia)..

Ni lapisan ke-3: Buah2n peach yg dipotong

Ni lapisan ke-4: Jeli Strawberry
(kalo xde leh ganti dgn agar2 cair sket)
Puas cuba edit gambor puding triffle ni tp dh jd terbalik2 plak.. haha.. Ape2pn, yg penting cedaaappp..
Kawan2, cubalah. Rujuk resepi in previous post ye..

Next project: Cup Cake for Wardah's Birthday @ Tadika Pasti Suria..




Friday, November 4, 2011

Nak Apam Polkadot Ladybird!

Salam..

Tengah surf internet mencari idea utk majlis hari lahir @ Tadika Pasti Al-Kauthar, ummi terjumpa apam polkadot yg sgt cute & comel.. Sesuai utk bdk2 nnt.. Harganya pn not bad. K.. jom layanz gambar2nye ye.. Comel2 tak?



Kasih Sayang Menurut Islam

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.


Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.




Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati.

Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah.

Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh.

Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain. “ Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari.

Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu, pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.

Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita.

Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut.

Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya yang berbunyi:Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat Tarmidzi) Malah banyak lagi Hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:

1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan dan perbuatan kita.

2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.

3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal dan hati kita.Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka.

Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam seperti di Indonesia, negara-negara Arab dan Afrika yang hanya memikirkan cara untuk menghapuskan saudaranya sahaja, bukan untuk membantu dan meningkatkan maruah serta martabat bangsa mereka sendiri.Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya.

Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.Rumusan:Kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.

dipetik melalui: dilan daripada alkutubi.blogspot.com

Thursday, November 3, 2011

Nak buat Cup Cakes utk Wardah?

Entah kenapa, sejak akhir2 ni tergerak hati nk buat kuih muih, kek bagai..
Sebenarnya, dah lama belajar wat cup cakes ni dgn Kak Anitah (ofismate yg mmg pandai buat kuih besh2).

Tp, xpernah wat sendiri lg.. & td dpt call dr hubby, remind me..
"Birthday wardah this coming 18/11 nk celebrate kt Tadika Pasti x? Plan la sket nk wat kuih ke ape ke.."
Yes, i will do something for my lovely daughter (yg dh leh jadi teman bergaduh ni..haha).

Tp, nk wat kek tu idok ler.. sbb sush sket nk decorate. Kita wat cup cakes dulu..
Aritu ada tanya wardah dia nk kek ape? cepat2 dia jwb,
"Ummi, wardah nk kek colour pink ada gambar princess barbie tau."

Aik? siap order lagi? Agak2, nak senang beli je edible image tu kot.. xyah sush2..
Yg penting, I'm trying something special for her kan...

Tp design yg mana sesuwai ye? Tlg bg idea sket..

Cup cakes ni guna sticker princess jer..



Yg ni so sweet.. tp cam mls nk wat icing byk colour :)



Yg ni, icing tepi je yg brbeza.. 


 Yg ni lari tema.. tp looks yummy!


Yg ni cute sgt.. tp kena beli nozzle piping yg sesuai

Yg mana senang, cantik & xleceh sgt ye kengkawan.. 1st time nk wat ni.. Nervous takut xjd.. Kalo ada 'chegu' depan mata, xrisau sgt.. agak2 kalo dh jadi buat ni, kemaruk nak buat je agaknye..haha

Wednesday, November 2, 2011

Resepi Puding Triffle utk Aidiladha 2011

Dah lama tak meng'update' blog.. Sibuk baca blog org je & tetiba mood nak memasak kembali! Tp, kali ni teringin sangat nk buat sendiri & makan puding triffle (ceh, mcm org mengidam plak..hehe). Sedapnye tgk.. last makan masa g open house member & dia pun 1st time buat.. Jom kita tgk resepinye.. senang nampaknye.. Boleh buat juadah Hari Raya Aidiladha.. Oh! kena buat utk 2-2 rumah - Kluang & Kuala Pilah! Nak rasa, mehlah dtg umah..



Resepi Puding Triffle
Kredit utk teratak impian

Bahan2:

Swiss roll  (xkisah perasa ape)
1 tin fruit cocktail/ buah peach (ikut suka)
1 kotak Kristal Jelly - cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - guna whipping cream


Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......tabur dengan badam panggang

Nota: -Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10". -whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga

Selamat Mencuba!

Tuesday, October 18, 2011

Celebrate Bday Rayyan







Alhamdulillah, even Rayyan demam sket tp dia tetap happy dgn kek Angry Bird merah nya! Tp yg plg happy is Kak Long sbnrnya. Yelah, dia yg sibuk nk potong kek, tiup belon, nyanyi lagu & lari sana sini.

We all celebrate dgn baby sitter - k Ana & Abg Narul. Best sbb 1 st time kluar sm2. Both of them kami hadiahkn watch jenama Dr Darwin sbg tanda pghargaan kami sbb jaga Wrdh & Rayyan.

We really enjoyed this simple celebration @ Malay Village, Jln Kolam Air, JB. Tq Allah atas peluang utk mengecapi kebahagiaan ini!

My WISH comes true


"Our new family"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...