Friday, December 11, 2009

Our 3rd Anniversary (9 Disember 2009)

Alhamdulillah, telah 3 tahun kami melayari rumahtangga. Mudah-mudahan, hari-hari yg mendatang, hubungan kami akan dilimpahi dgn ikatan kasih sayang hingga ke akhirat kelak. Amin...


Sempt snap pg tu b4 g keja :)


Oh! My new Jewellery Music Box



Cantek tak Ros 3 kuntum ni?


Thn ni kami sambut simple je. Sbb quite sibuk dgn tugasan seharian. Hm.. hubby dapat baju British India. Wa pula, hubby hadiahkan Jewellery Music Box. Cute kan? Ms zmn cintan cintun dulu xdela plak dapat.. hehe.. & surprisingly, mlm tu dpt Bunga Ros Merah pulak. Oh.. TQ so much ayang.. Love U always!

Wednesday, November 18, 2009

Happy 2nd Birthday Siti Wardah Insyirah (18 Nov 2009)

Dear Sygku Wardah Insyirah,

Selamat Menyambut Hari Kelahiranmu yg ke-2.




Comotnye dier...


Dia pun nyanyi lagu Hepi Bufday (dgn pelatnye)


Inilah hasil operation wardah pd kek Doraemonnye;p


Masih ummi ingat lagi saat kelahiranmu yg penuh dgn memori yg tak dapat dilupakan. Wardah tau tak.. masa wardah nak lahir dulu, ummi & ayah tgh attend Annual Dinner sykt ummi. Esoknya, ummi & ayah ada exam kelas Master. So, ummi punyalah berdoa pd Allah mudah-mudahan wardah lahir selepas exam. Jadi, ummi pn bertahan la tak ke hospital.

Masa ummi dah mula rasa sakit tu, Salleh Yaakob (Artis) masa annual dinner tu perasan riak wajah ummi tahan sakit & dia bgtau pd ayah baca selawat & fatihah pd segelas air & bg ummi minum. Alhamdulillah, maybe tule air selusuh ummi plus air oren & sup shark fin :) Si Nasya Aziz pn usap2 perut ummi & Adibah Noor kata, ummi sama bulat macam dia..

Genap 11.00 mlm, ummi dah tak dapat bertahan lg. So, ayah cepat2 bawa ummi turun lif & naik kereta. Tup2, nk turun tu kereta jem teruk & tak bergerak langsung. Saat tu sgt cemas & ayah maklumkan pd pengawal & pihak polis yg berdekatan terus eskot kami ke Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru. Ayah bawa kereta wira putih (ofis) sama laju dgn keta polis. Langgar semua lampu isyarat. Mcm nk patah pinggang ummi rasanya masa tu.

Sampai je kat HSA, polis td terus angkat ummi naik wheel chair & bawa ummi ke wad bersalin. Ayah pula uruskan dokumen & pakaian. Sampai kat wad, semua nurse kat situ mcm terkejut tgk kami. Yelah, mana taknye. dah le polis yg tolak wheelchair ummi, pastu ummi plak pakai mekap & baju jubah kilat2. Msg2 berbisik sama sendiri, 'Ni anak datuk mana plak ni'. Sempat juga ummi tersenyum sendiri.

Ummi dimasukkan ke bilik bersalin kul 12.30 pagi. Sambil tu ayah tak brenti2 bacakan surah yasin. Berulang-ulang ayat yg sama ummi dengar. Yelah, ayah main hafal je. Ayah temankan ummi hinggalah saat Wardah dilahirkan. Akhirnya, wardah selamat dilahirkan tepat jam 2.22 pagi (18/11/2007 - Ahad). Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana mengurniakan puteri kesayangan kami - Siti Wardah Insyirah (Cik Bunga Mawar yg Melapangkan Hati).

Buat Wardah, ingatlah pesan ummi. Hadapi hidup yg penuh dengan cabaran & ujian ini dengan tabah. Ingatlah, matlamat hidup kita ialah akhirat. Jadilah anak yg solehah & semoga Wardah bahagia di dunia & di akhirat.. Amin.

Saturday, October 3, 2009

Jemputan Rumah Terbuka


Salam semua sahabat handai & saudara mara,

Kami sekeluarga dengan berbesar hati menjemput anda semua menghadiri Majlis Rumah Terbuka di kediaman kami bersempena Aidilfitri 1430H. Datang jgn tak datang tau!.. :)

From us:
Ahmad Hisham Ab Wahab
Siti Salwa Norazlan
Siti Wardah Insyirah

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah - Allahyarhamah Sharifah Radzua

Al-Fatihah. Pada tanggal 13 Ogos 2009, Allahyarham Sharifah Radzua Syed Ali telah meninggal dunia bersama-sama anak di dalam kandungannya yg berusia 8 bulan. Pemergiannya amat dirasai apatah lagi saya baru je melawat arwah di Hospital Penawar akhir bulan lepas. Kenangan bersama beliau tidak pernah kulupakan. Semoga roh beliau akan dicucuri rahmat & tergolong di kalangan orang-orang yang soleh. Amin...

Monday, August 10, 2009

Al-Fatihah: Mangsa ke7 Influenza H1N1

Al-Fatihah.. ditujukan khas buat Allahyarhamah iaitu adik kepada Mariatulasni Miskam. Pagi ini saya dikejutkan oleh berita yg begitu mengejutkan. Xsangka Allahyarham yg sedang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia setelah diserang penyakit H1N1 tak sampai seminggu menderita penyakit itu. Bayi yg berusia 8 bulan di dlm kandungan meninggal dunia pada hari Khamis lepas manakala ibunya meninggal selepas koma hampir seminggu. Sedih & pilu namun tiada siapa yg dapat menahan kehendak takdir Allah. Moga kita yg masih hidup & sihat ini banyakkan berdoa & usaha utk lakukan pencengahan trhadap wabak yg teruk melanda seluruh dunia ini. Tidak tahulah sama ada ini merupakan ujian mahupun bala dari Allah. Apa yg pasti, marilah kita sama-sama kembali kepadaNya menginsafi segala kekhilafan diri.. Rajin2 baca doa ketika terjadi penyakit menular: "Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan ynag menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Friday, July 17, 2009

1st time main LAWN BOWL

Dear kwn2,

Mcm tak percaya je, saya dapat main Lawn Bowl kt Stadium Indoor Bayuemas, Klang. Stadium ni SIme Darby Property punye. Best rupanya main Lawn Bowl ni. Org kata game ni utk org2 tua.. TAK LAH... Mainan ni sesuai utk semua golongan & it is a STRATEGIC GAME! Mmg mencabar minda... Coach kata, 70% Mental + 20% skill + 10% fizikal. SO, sape2 yyg nk menajamkan minda tu jomlah main Lawn Bowl.. Kt Johor ni ada Indoor Stadium utk Lawn Bowl kt Larkin. Jom kita pkt ramai2 main kt sana nak? Thanks to Brother Jo (Coach - X Malaysian Player) for the knowledge...

Monday, June 8, 2009

Jemputlah Datang Kenduri Ye!

Assalamualaykum wrh wbt,

Kawan-kawan sekalian,

Dijemput ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat (Berpindah ke rumah baru) seperti maklumat berikut :

Alamat : No.4 Jalan Rimbun 1, Bdr Seri Alam, 81750 Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 13 Jun 2009 (Sabtu) jam 9.00 malam

Mohon dipanjangkan kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...