Sunday, September 5, 2010

Happy Birthday Hubby!



Allah selamatkan ayang.. Allah selamatkan Ayang.. Allah selamatkan Ahmad Hisham.. Allah selamatkan ayang.. hehehe.. Happy Birthday yg ke-28 thn. Semoga bersedia menjadi ayah utk our 2nd baby boy, InsyaAllah.. Amin.. Love you forever :)

Wednesday, March 31, 2010

Menerima Ijazah Master di Majlis Konvokesyen UTM Ke-44







Alhamdulillah.. Gambar2 kenangan pada hari saya dan isteri menerima Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Majlis Konvokesyen Kali UTM Ke-44. Kejayaan ini kami dedikasikan buat puteri penghibur hati tersayang, Siti Wardah Insyirah, moga dirimu kelak akan jua berjaya seperti ayah dan ummi. Buat seluruh ahli keluarga dan keluarga mertua juga buat semua pensyarah, terima kasih jua yang mampu kami ucapkan atas pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua. Insyaallah.

Friday, March 26, 2010

Konvo!!!!!!




selepas 3 tahun berhempas pulas, alhamdulillah akhirnya kami bergelar graduan Master! kami dedikasikan kejayaan ini buat permata hati, siti wardah insyirah, moga kejayaan kami akan menjadikan dirimu jua berjaya! aim for the next level.. PhD.

Wednesday, March 10, 2010

Alhamdulillah.. Wardah akan dapat adik!

Alhamdulillah, tak lama lagi Wardah akan dapat adik! Syukur pada Allah, seperti yang dirancang, selepas kami menamatkan pengajian di peringkat Sarjana ni memang berniat nak tambah ahli keluarga, buka ape cuma kesian kat Wardah, takde geng nak main sama2. Huhuhu. Bertambahnya ahli keluarga maka bertambahlah bebanan tanggungjawab yang pastinya akan disoal di akhirat kelak. Moga kami diberikanNYA kekuatan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah ini. Ya Allah, berikan kami hidayah dan petunjukMU untuk membimbing zuriat dan keluarga kami menuju jalan redhaMU Ya Allah. Ameeen..

Monday, February 22, 2010

CNY @ Genting














Sebelum orang Cina sambut CNY lagi, kami dah raya dulu kat Genting pada 12 Feb 2010 yang lalu. Dengan berhotelkan Genting View Resort kuota Sime Darby, awal2 pagi lagi kami dah memanjat Genting dengan Cable Car. Seharian di 'Puncak Keriangan', hampir keseluruhan outdoor game kami takluki, cuma yg indoor tak sempat nak takluki semua.

Pesta Layang2 @ Bdr Dato Onn









Pesta Layang2 di Bandar Dato' Onn menjadi destinasi kami selepas menghadiri Majlis Perkahwinan rakan kami Khalida dan pasangannya Ayie di Larkin pada 2 Feb 2010 yang lalu . Tidak diadakan di Bukit Layang2, Pasir Gudang seperti kebiasaannya, sambutan pengunjung di tempat baru kali ini agak kurang meriah, mungkin faktor lokasi dan promosi. Mungkin di masa akan datang akan lebih meriah


Menariknya, Wardah menjadi tumpuan beberapa lensa jurugambar yang tertarik merakamkan aksinya bermain belon (ala layang-layang) berbentuk spongebob! Berikut antara beberapa gambar menarik yang sempat dirakam.

Tuesday, February 9, 2010

akhirnya segulung ijazah sarjana milik kami..


Selepas hampir 4 tahun berhempas pulas, alhamdulillah pada minggu yang lalu kami menerima khabar gembira dari Sekolah Pengajian Siswazah, UTM memaklumkan bahawa saya dan isteri sudah DISAHKAN berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan bakal menerima ijazah sarjana dalam Majlis Konvokesyen Ke-44 pada 27 dan 28 Mac ini. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi, tetapi alhamdulillah berkat sokongan seluruh pesyarah yang amat berdedikasi, ahli keluarga yang tak putus-putus memberi dorongan, rakan-taulan yang sentiasa mendoakan dan semua yang menyumbang, semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan kalian. Buat puteri tersayang Siti Wardah Insyirah, sesungguhnya kejayaan ini kami dedikasikan buatmu sayang! Semoga dikau juga kelak akan berjaya mengikut jejak langkah kami. Paling utama buat isteri tersayang, Siti Salwa Norazlan, ketahuilah sesungguhnya tanpa dirimu, tidak mungkin aku disini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...