Monday, February 22, 2010

CNY @ Genting














Sebelum orang Cina sambut CNY lagi, kami dah raya dulu kat Genting pada 12 Feb 2010 yang lalu. Dengan berhotelkan Genting View Resort kuota Sime Darby, awal2 pagi lagi kami dah memanjat Genting dengan Cable Car. Seharian di 'Puncak Keriangan', hampir keseluruhan outdoor game kami takluki, cuma yg indoor tak sempat nak takluki semua.

Pesta Layang2 @ Bdr Dato Onn









Pesta Layang2 di Bandar Dato' Onn menjadi destinasi kami selepas menghadiri Majlis Perkahwinan rakan kami Khalida dan pasangannya Ayie di Larkin pada 2 Feb 2010 yang lalu . Tidak diadakan di Bukit Layang2, Pasir Gudang seperti kebiasaannya, sambutan pengunjung di tempat baru kali ini agak kurang meriah, mungkin faktor lokasi dan promosi. Mungkin di masa akan datang akan lebih meriah


Menariknya, Wardah menjadi tumpuan beberapa lensa jurugambar yang tertarik merakamkan aksinya bermain belon (ala layang-layang) berbentuk spongebob! Berikut antara beberapa gambar menarik yang sempat dirakam.

Tuesday, February 9, 2010

akhirnya segulung ijazah sarjana milik kami..


Selepas hampir 4 tahun berhempas pulas, alhamdulillah pada minggu yang lalu kami menerima khabar gembira dari Sekolah Pengajian Siswazah, UTM memaklumkan bahawa saya dan isteri sudah DISAHKAN berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan bakal menerima ijazah sarjana dalam Majlis Konvokesyen Ke-44 pada 27 dan 28 Mac ini. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi, tetapi alhamdulillah berkat sokongan seluruh pesyarah yang amat berdedikasi, ahli keluarga yang tak putus-putus memberi dorongan, rakan-taulan yang sentiasa mendoakan dan semua yang menyumbang, semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan kalian. Buat puteri tersayang Siti Wardah Insyirah, sesungguhnya kejayaan ini kami dedikasikan buatmu sayang! Semoga dikau juga kelak akan berjaya mengikut jejak langkah kami. Paling utama buat isteri tersayang, Siti Salwa Norazlan, ketahuilah sesungguhnya tanpa dirimu, tidak mungkin aku disini..

Thursday, January 21, 2010

Ulangtahun Kelahiranku

Salam,

Arini, genaplah usia saya ke-28 tahun. Alhamdulillah, Allah bg kenikmatan untuk hidup di muka bumi ini sehingga ke hari ini. Bila birthday ni, ada perasaan gembira & ada sebaliknya. Kenapa ye?

Gembira!!
Sebab, ada suami yg sgt penyayang & anak yg comel,sihat & ceria. Gembira juga sebb ahli keluarga, saudara mara terdekt, shbt2 sekarang & yg lama masih mengingati Hari Kelahiranku.. Gembira dgn nikmat kurniaan Allah iaitu hidup dalam iman & bragama Islam. Alhamdulillah..

Sedih :(
Sebab, makin brtmbh usia, masa kita utk hidup di dunia ni makin sikit. Maksudnya, smkn dekat diri ini dgn kematian. Dh cukup brsediakah diri ini utk menemuiNya? Seringkali persoalan ini menerjah fikiranku..

Walau apa pun perasaanku, inginku dedikasikan khas utk ibu & bapaku.

Ibuku Siti Hafesah Hj Said,
Terima kasih kerana telah melahirkan diri ini genap 28 thn yg lalu. Walau tika itu, diri ini tidak mengerti akan kasih syg & pengorbananmu. Namun, kini kutahu. Kasih ibu itu adalah amat agung & murni. Setelah diri ini juga bergelar ibu. Terima kasih juga krn tlh mndidikku mnjd insan yg brguna & briman. Hanya Allah yg dpt mmbls pengorbananmu itu...

Ayahku Norazlan Sulaiman,
Terima kasih jua atas segala penat lelah & kesbrnmu mmbesarkanku. Segala nasihat & teguranmu akan kujadikan panduan. Bekalan di dunia & di akhirat.. Moga Allah mmblsnya dgn kebaikan jua.. Amin..

Monday, January 4, 2010

Amalan Elak Gangguan Syaitan

Selamat Beramal!


1. solat 5 wktu jgn tggal
2. sllu bca al-Quran
3. bykkn bzikir
4. elakkn mnde2 lagha
5. sntiase bwudhu'
6. amlkn doa plindung


doa / surah amalan :

1. al-fatihah
2. ayat kursi
3. tiga Qul
4. basmallah (bismillah stiap pbuatn)
5. surah baqarah
- 5 ayat mula
- ayat 255 (ayat kursi)
- ayat 285-286
6. ma'thurat
7. yasin

Doa Rabitah

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مُحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلأَهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَيَخْبُوا وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ
وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ
وَأَمِتْهَا عَلَى شَهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
اَللَّهُمَّ آمِينُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Thursday, December 31, 2009

Marhaban Tahun 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur. Bahagiakanlah & berkatilah hidup kami di dunia & di akhirat. Pandulah kami ke jalanMu yg Lurus. Ampunkanlah kami atas dosa-dosa yg lalu sama ada yg kami sedar atau tidak. Sesungguhnya, hambaMu ini selalu lalai. Anugerahkanlah kami hati yg sentiasa tawaduk & mengingatiMu Ya Allah. Limpahkanlah rezeki kami utk jlnMu Ya Allah. Moga kami tergolong di kalangan insan yg beramal soleh di akhirat sana. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...