Monday, January 4, 2010

Amalan Elak Gangguan Syaitan

Selamat Beramal!


1. solat 5 wktu jgn tggal
2. sllu bca al-Quran
3. bykkn bzikir
4. elakkn mnde2 lagha
5. sntiase bwudhu'
6. amlkn doa plindung


doa / surah amalan :

1. al-fatihah
2. ayat kursi
3. tiga Qul
4. basmallah (bismillah stiap pbuatn)
5. surah baqarah
- 5 ayat mula
- ayat 255 (ayat kursi)
- ayat 285-286
6. ma'thurat
7. yasin

Doa Rabitah

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مُحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلأَهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَيَخْبُوا وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ
وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ
وَأَمِتْهَا عَلَى شَهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
اَللَّهُمَّ آمِينُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Thursday, December 31, 2009

Marhaban Tahun 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur. Bahagiakanlah & berkatilah hidup kami di dunia & di akhirat. Pandulah kami ke jalanMu yg Lurus. Ampunkanlah kami atas dosa-dosa yg lalu sama ada yg kami sedar atau tidak. Sesungguhnya, hambaMu ini selalu lalai. Anugerahkanlah kami hati yg sentiasa tawaduk & mengingatiMu Ya Allah. Limpahkanlah rezeki kami utk jlnMu Ya Allah. Moga kami tergolong di kalangan insan yg beramal soleh di akhirat sana. Amin..

Tuesday, December 29, 2009

Wardah Kena Chicken-Pox




ni gambar Wardah masa kena chicken-pox baru2 nih. Sian wardah, habis satu badan kena, tapi dia tetap jugak maintain, amik gambar pun sempat posing lagi tu. Susah jugak bila duduk kat taman ni nak cari penawar chicken-pox iaitu daun semambu@bambu (kalau masyarakat India panggil daun Neem), tapi alhamdulillah dengan bantuan Kak Ros (penjaga Wardah) daun tu dapat diperolehi. Sekarang, kami sendiri tanam daun ni, sesapa yang memerlukan boleh lah dapatkan dari kami lepas ni. Kerana Wardah kena chicken-pox jugak kami terpaksa membatalkan program untuk balik kg menghadiri majlis perkahwinan makcik saya di Batu Kikir, Negeri Sembilan dan majlis perkahwinan kawan baik isteri saya di Air Hitam, Batu Pahat. Selamat pengantin baru buat mereka. Alhamdulilah, sekarang Wardah dah sembuh, cuma ada sikit aje lagi kesan parut yang belum hilang dan Wardah sudah bersedia untuk kembali beraksi!

Monday, December 28, 2009

Alahai Wardahku Sayang..

Insiden Pertama

Sedang kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi mengambil orang tuaku kembali dari Tanah Suci :

Ummi : Wardah, Wardah dah besar, mana boleh hisap puting lagi..
Wardah : Tanak..
Ummi : Dah besar mana ada orang hisap puting lagi. Ummi buang ye?
Wardah : Nangan (Jangan) dalam pelat bahasanya..
Ummi : Kenapa tak boleh buang pulak, Ummi buang ke luar ya? (sambil mengacah untuk buang ke luar tingkap kereta)
Wardah : Nangan, tak bole..
Ummi : Kenapa pulak?
Wardah : Nanti polis tangkap!

Tergelak besar kami berdua mendengar. Alahai cerdiknya Wardah . Takde sapa pun ajar cakap macam tu.. Mcmn ntah boleh terfikir mcm tu..

Insiden Kedua

Suatu petang, Wardah yang kena chicken-pox merayu untuk dibawa berjalan2 menaiki motor, tetapi kerana petang itu hari hujan, aku tak dapat nak menunaikan janjiku padanya. (kalau kena chicken-pox, kata orang tua tak boleh kena air hujan, nanti parut tak hilang). Lalu pada malam itu sejurus selepas solat Maghrib, Wardah datang kepadaku :

Wardah : Ayah, hujan! (Sambil menunjukkan kearah luar rumah)
Ayah : Ish, mana ada hujan.. Petang tadi je hujan.. Hujan dah berenti dah..
Wardah : Jom, naik moto jalan2.. (Maksudnya, hah, dah tak hujan, boleh la jalan2 naikl moto)
Ayah : Err.. (tak tahu nak jawab ape)

Alahai Wardah, tak terkata apa dah ayah. Punyalah cerdik nak ajak naik moto, baru 2 tahun dah pandai buat reverse-psychology. Kalau dah besar tak tahu lah..

Saturday, December 26, 2009

Memori @ Redang Island

Tgk gambar2 lama, ternampak la gambar masa g Redang Island. My hubby & I je pergi.. Oktober 2009 yg lalu. Anak tinggal, bg la ummi & ayah honeymoon skejap :) 1st time pergi dgn kwn2. Actually ada program Redang Island Clean Up Day 2009. Kiranya pergi coz nk brsihkan pantai la.. Cintai Alam Sekitar la katakan...

Check out the photos...

Ni masa tgh tunggu bot ke redang






Fuh, bestnye snorkeling.. Subhanallah ;)





Get set go snorkeling!



Friday, December 25, 2009

Tazkirah Sket :)



Firman Allah dlm Surah Al-Ahzab:59 ini merupakan perintah Allah bagi semua umat Islam (perempuan) untuk menutup aurat dgn melabuhkan tudung (hijab) dengan menutup dada. Marilah kita sama-sama ingat-mengingati antara 1 sama lain... InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...