Monday, January 17, 2011

Laa Iqra' Ha Fiddin..

Salam.. baru lepas menonton citer ni @ Astro. Best tp ada yg positif & negatifnye.

Positif: Indahnya Islam bg yg memahami, mghayati & mgamalkannya :)

Negatif: Bolehke org yg beragama Islam mengaku dirinya bragama lain? (even utk tujuan berlakon)

Apa2 pn, moga kita sume amik iktibar ttg ini. Apa kata blogger lain ye? Layanzz...


IKHLAS di dalam beragama itu sangat penting. Menjadi seorang Muslim atau beragama Islam itu seharusnya dengan hati yang IKHLAS. Justru IKHLAS itu juga boleh menjadi pengukur keimanan manusia.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 256: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) ...dari kesesatan (kufur)."

Kata seorang hamba Allah ini: "Saya menganuti Agama Islam bukan kerana sahabat-sahabat saya orang Islam, atau pun saya mendapat laba (kekayaan) dari masyarakat Islam, atau saya mencintai dan ingin menikahi seorang wanita Islam yang cantik. Saya menjadi seorang Islam kerana saya yakin akan agama ini dan sesungguhnya saya percaya bahawa Allah adalah Tuhan yang Esa dan Muhammad saw adalah Rasulullah. Saya berpegang teguh kepada Islam yakni agama yang benar dan saya yakin dengannya."

Tergamam saya kerana itulah ucapannya. Apanya tidak kerana rata-rata di kalangan kita ramai yang BERPURA-PURA di dalam soal agama dan ibadah.

Sebahagian kita mendirikan SOLAT kerana sahabat-sahabat kita mendirikan SOLAT. Sementara kaum wanita pula mereka HANYA MENUTUP AURAT kerana ikut-ikutan, fesyen atau pun malu dengan sahabat ataupun ahli keluarga mereka. Begitu juga dengan kaum lelaki, jika Allah melarang sesuatu perbuatan mungkar seperti mencerca, hasad dengki, seks bebas dan sebagainya tetapi mereka tidak menurutinya.

Sebab itulah kadang-kadang jiwa kita kosong, keras hati, waswas, tiada cinta kepada Allah dan malah tidak yakin akan agama ini. Agama menjadi permainan dan jual beli. Agama hanya hiasan hidup dan cereka. Sebab itu apabila disebut nama Allah hati mereka tidak gentar kerana hati mereka tidak dihiasi dengan IMAN.

Sabda Nabi saw: "Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya." (HR. Abu Dawud)

Saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat saya agar selalu BERISTIQAMAH dan menilai KUALITI AMALAN kita yang lepas.

Dengan baki usia yang ada maka apakah kita layak di suatu makam yang Allah telah janjikan?Apakah tahun-tahun yang mendatang itu kita bisa dan mampu merubah kefasikan? Tanyalah diri kita selalu agar kita TIDAK TERLAMBAT & TIDAK LEKA!



Copyright From:
Sahabat dr Brunei
EL'Yes Says
28-12-2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...