Wednesday, November 18, 2009

Happy 2nd Birthday Siti Wardah Insyirah (18 Nov 2009)

Dear Sygku Wardah Insyirah,

Selamat Menyambut Hari Kelahiranmu yg ke-2.




Comotnye dier...


Dia pun nyanyi lagu Hepi Bufday (dgn pelatnye)


Inilah hasil operation wardah pd kek Doraemonnye;p


Masih ummi ingat lagi saat kelahiranmu yg penuh dgn memori yg tak dapat dilupakan. Wardah tau tak.. masa wardah nak lahir dulu, ummi & ayah tgh attend Annual Dinner sykt ummi. Esoknya, ummi & ayah ada exam kelas Master. So, ummi punyalah berdoa pd Allah mudah-mudahan wardah lahir selepas exam. Jadi, ummi pn bertahan la tak ke hospital.

Masa ummi dah mula rasa sakit tu, Salleh Yaakob (Artis) masa annual dinner tu perasan riak wajah ummi tahan sakit & dia bgtau pd ayah baca selawat & fatihah pd segelas air & bg ummi minum. Alhamdulillah, maybe tule air selusuh ummi plus air oren & sup shark fin :) Si Nasya Aziz pn usap2 perut ummi & Adibah Noor kata, ummi sama bulat macam dia..

Genap 11.00 mlm, ummi dah tak dapat bertahan lg. So, ayah cepat2 bawa ummi turun lif & naik kereta. Tup2, nk turun tu kereta jem teruk & tak bergerak langsung. Saat tu sgt cemas & ayah maklumkan pd pengawal & pihak polis yg berdekatan terus eskot kami ke Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru. Ayah bawa kereta wira putih (ofis) sama laju dgn keta polis. Langgar semua lampu isyarat. Mcm nk patah pinggang ummi rasanya masa tu.

Sampai je kat HSA, polis td terus angkat ummi naik wheel chair & bawa ummi ke wad bersalin. Ayah pula uruskan dokumen & pakaian. Sampai kat wad, semua nurse kat situ mcm terkejut tgk kami. Yelah, mana taknye. dah le polis yg tolak wheelchair ummi, pastu ummi plak pakai mekap & baju jubah kilat2. Msg2 berbisik sama sendiri, 'Ni anak datuk mana plak ni'. Sempat juga ummi tersenyum sendiri.

Ummi dimasukkan ke bilik bersalin kul 12.30 pagi. Sambil tu ayah tak brenti2 bacakan surah yasin. Berulang-ulang ayat yg sama ummi dengar. Yelah, ayah main hafal je. Ayah temankan ummi hinggalah saat Wardah dilahirkan. Akhirnya, wardah selamat dilahirkan tepat jam 2.22 pagi (18/11/2007 - Ahad). Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana mengurniakan puteri kesayangan kami - Siti Wardah Insyirah (Cik Bunga Mawar yg Melapangkan Hati).

Buat Wardah, ingatlah pesan ummi. Hadapi hidup yg penuh dengan cabaran & ujian ini dengan tabah. Ingatlah, matlamat hidup kita ialah akhirat. Jadilah anak yg solehah & semoga Wardah bahagia di dunia & di akhirat.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...